Kia rancang mahu tawar Picanto berkuasa elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu penawaran yang sangat menarik apabila Kia dilaporkan mahu menghadirkan versi elektrik kepada hatchback kecil Picanto untuk pasaran Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Emilio Herrera, COO Kia Motor Europe berkata, "kami sedar akan kebangkitan permintaan terhadap kereta elektrik mini, namun kami perlu mempertimbangkan cabaran untuk menghasilkan sebuah model EV yang murah dan memberikan keuntungan.

Tambah beliau lagi, setakat ini tiada sebarang pengesahan dapat diberikan namun idea Picanto elektrik ini sememangnya di dalam pemerhatian pihak atasan. 

Untuk pasaran Eropah, Kia Picanto dijual bermula pada harga €10,000 (RM45,995) sehinggalah €17,000 (RM78,192) untuk versi lebih premium. 

Dengan teknologi pek bateri sedia ada, anggaran harga jualan Kia Picanto versi elektrik berkemungkinan besar akan berkisar sekitar €20,000 (RM91,990). 
 


Namun, menurut Herrera lagi, untuk menjadikan Kia Picanto sebuah EV yang laku keras, mereka perlu menurunkan kos jualan sehingga €16,000-€17,000 (RM74 ribu-RM78 ribu). 

Dalam erti kata lain, Kia Picanto versi elektrik hanya menanti masa untuk diproduksikan, terima kasih kepada kos penghasilan pek bateri elektrik yang semakin menurun pada ketika ini. 

Kia pada ketika ini sudah pun menjual Kia Soul dan Niro versi elektrik untuk pasaran Eropah. 

Menurut anggaran, Kia mensasarkan penjualan 20,000 unit EV di atas untuk tahun ini dan merancang untuk menggandakan angka tersebut pada tahun 2020. 
 

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
  Picanto yang berada dalam segmen A digemari pengguna UK dan sekarang ini model petrol baharu…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang dibocorkan oleh Autospy, Kia Picanto 2024 kini membawakan rekaan jeriji…
Berita Global
  Sekumpulan orang awam yang merangkumi enam orang dewasa telah dilihat cuba mengejar Kia Picanto…