Sedan yang ke-10 juta itu diproduksikan di kilang Kentucky, fasiliti pemasangan pertama yang dimiliki sepenuhnya oleh Toyota di Amerika Utara dan unit tersebut merupakan varian SE yang didatangkan dalam warna putih dengan kemasan dalaman hitam.
Untuk pasaran Amerika Syarikat, generasi kelapan Toyota Camry didatangkan dalam beberapa pilihan enjin seperti:
- enjin 2.5 liter - 203 hp dan 246 Nm
- enjin 2.5 liter hibrid - 208 hp dan 220 Nm
- enjin 3.5 liter V6 - 301 hp dan 362 Nm
Pada bulan Mac, Kilang Kentucky itu mendapat pencapaian terbaharu iaitu penghasilan kenderaan yang ke-13 juta, iaitu sebuah Toyota RAV4 Hybrid.
Sebagai makluman, kilang tersebut telah menerima keupayaan pemasangan kenderaan hibrid pada Januari 2020 menerusi pelaburan tambahan sebanyak $1.5 bilion.