Kisah di sebalik Suzuki Jimny, Yamaha Vino milik Akio Toyoda di TAS 2024

oleh Mohamad Hanif|
Tokyo Auto Salon 2024 telah pun melabuhkan tirainya beberapa hari yang lepas, dan salah satu perkara yang mencuri tumpuan ialah koleksi kereta "Morizo Garage" yang dipamerkan di reruai Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang digunakan oleh bekas CEO Toyota Akio Toyoda apabila bertempur di litar lumba.

Antara yang dipamerkan termasuklah sebuah GR Corolla Custom, iQ GRMN, Toyota Century SUV dengan pintu belakang jenis gelangsar, serta dua buah kenderaan yang bukan berjenama Toyota, iaitu Suzuki Jimny dan skuter Yamaha Vino.
 

GRMN


Dalam satu sesi temubual yang kemudian disiarkan menerusi saluran YouTube Toyota Times, Akio Toyoda menjelaskan beliau membeli sendiri semua koleksi kereta melalui pengedar, sama seperti orang awam.

Namun, beliau kemudian mengakui menggunakan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi untuk mendapatkan model-model terhad GRMN.

"Saya merayu, dan memaksa mereka untuk mendapatkan salah satu model untuk saya. Biarlah saya menyalahgunakan keistimewaan yang saya ada untuk itu."

Akio Toyoda turut mendedahkan warna hijau yang dilayangkan pada Century SUV GRMN merupakan warna yang dibangunkan khas untuk menjadikan penampilan model tersebut lebih mewah dan elegan, sama seperti penggunaan warna hitam pada sedan mewah Century.
 

jimny


Kehadiran Suzuki Jimny dalam senarai Morizo Garage turut menimbulkan persoalan di kalangan pengunjung.

Ketika ditanya, Akio Toyoda menjelaskan Jimny merupakan model yang popular dan sukar untuk mendapatkannya di mana-mana pengedar.

Disebabkan itu, beliau kemudian meminta pertolongan presiden Suzuki itu sendiri untuk mendapatkan sebuah Jimny berwarna biru yang terpakai.
 

vino


Seperkara yang mungkin tidak ramai yang tahu ialah Akio Toyoda sebenarnya merupakan seorang peminat Vespa, sehinggakan beliau mahu mendapatkan skuter ikonik itu di dalam koleksinya.

Disebabkan harga jualan Vespa yang terlalu mahal, dan mahukan sebuah motosikal yang boleh digunakan segera, Akio Toyoda kemudian membuat keputusan untuk membeli sebuah unit terpakai Yamaha Vino dalam keadaan tayar yang lusuh dan mudguard yang retak.

Pengedar motosikal tersebut kemudian segera menggantikan bahagian dan komponen yang lusuh itu dengan unit baharu sebelum ia diserahkan kepada Akio Toyoda.

Video penuh temubual bersama Akio Toyoda boleh ditonton pada pautan dibawah (sari kata dalam Bahasa Inggeris tersedia):

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…
Berita Global
Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari…
Berita Global
Tahun lepas, mereka tampil di Tokyo Auto Salon dengan Ferrari F40 yang dipadankan kit badan lebar…