KLBS2023: SYM Tuscany 150 rasmi untuk pasaran Malaysia - Enjin 149 cc, 11.3 HP, 11.4 Nm, dari RM8,888

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di KL Bike Show 2023 yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur, SYM Malaysia telah melancarkan model skuter baharunya, SYM Tuscany 150.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tuscany 150 tampil dengan reka bentuk gabungan antara klasik dan moden, yang pastinya sesuai dengan gaya hidup masa kini.

 

2

 

Dari segi kuasa, Tuscany 150 menggunakan nadi satu silinder 4 lejang 149 cc yang menghasilkan 11.3 HP dan 11.4 Nm, serta dilengkapi tangki minyak berkapasiti 5.7 liter.

Seperti kebanyakan skuter, ia turut dilengkapi rim bersaiz 12 inci, dibaluti tayar bersaiz 110/70 di depan dan 120/70 di belakang. Ia juga dilengkapi angkup brek dan cakera 226 mm di depan, serta angkup brek dan cakera 220 mm di belakang.

 

3

 

Antara ciri moden pada Tuscany 150 ialah dengan penggera anti-kecurian, membolehkan anda menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket.

Ia turut didatangkan dengan paparan meter LED penuh yang memaparkan segala maklumat penting, serta penyambung USB pengecasan pantas.

 

4

 

Untuk pasaran Malaysia, SYM Tuscany didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Merah, Kelabu dan Putih dengan harga permulaan RM8,888.00 tidak termasuk insuran dan cukai jalan.

Setiap pembelian Tuscany 150 turut didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dengan reka bentuk dan elemen retro klasik, LTR150 didatangkan dengan warna pilihan yang mengikut…
Pelancaran Motosikal
Perincian mengenai kuasa enjin SM125i ini, ia didatangkan dengan sesaran enjin 123.7cc , silinder…
Pelancaran Motosikal
Perincian mengenai kuasa enjin, model RT1 didatangkan dengan sesaran enjin 149.3, silinder tunggal…