Dua gandar hadapan masih menggunakan roda-roda bersaiz 14 inci dengan tayar "off-road" dan berfungsi untuk membelok.
Dua gandar di belakang dipasang dengan roda-roda 13 inci yang kemudian dipasang dengan tali sawat trek lengkap dengan LSD untuk mengharungi permukaan bersalji tebal.
Kuasa datang dari enjin standard 1.2L dari VW yang menghasilkan 34 hp manakala setiap roda dilengkapi dengan sistem brek.
Halaju maksimum cuma 35 kmsj, cukup untuk memastikan semua orang nampak muka anda yang sedang memandu kenderaan "rare" ini.
Kretzner dilaporkan cuma membina dua unit sahaja dan ini kemungkinan besar satu-satunya unit yang masih wujud sekarang.
Pasukan Volkswagen Commercial Vehicles membeli kenderaan ini semula dalam tahun 2018 dan melakukan proses baik pulih serta modifikasi kepada kabinnya.
Ia akan dipamerkan di muzium Volkswagen. Harapnya Proton dan Perodua juga boleh melakukan proses baik pulih untuk model-model istimewa mereka agar boleh dilihat oleh generasi-generasi mendatang.