Kona, SUV kompak terbaharu Hyundai, didedahkan

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dengan nama sempena sebuah pulau di Hawaii, Kona, sebuah SUV kompak dari Hyundai telah di dedahkan setelah gambar-gambar usikannya tersebar seluruh dunia.

 

Kona-5

 

Ia dijangka akan menjadi saingan SUV kompak lain seperti Nissan Juke atau Mazda CX-3. Kona menampilkan gaya serba moden ala cereka sains (science fiction). 

 

Kona-1

 

Direka khusus bagi menarik minat kaum “Millennial”, Hyundai mahu rekabentuk yang terkini dan canggih. 

 

Kona-2

 

“Dengan model Kona ini, kami telah mencipta sebuah SUV kompak yang bergaya dan berfungsian tinggi, sesuai dengan kehendak pembeli yang mahukan gaya hidup mencabar dan penuh aksi,” jelas naib pengerusi Hyundai, Euisun Chung. 

 

Kona interior

Kona-6

Tambah beliau, Kona di jangka akan merubah segmen SUV kompak dengan rekabentuk menarik, sistem perhubungan canggih dan ciri keselamatan yang terbaik.

 

Kona-7

 

Untuk menambat minat pembeli-pembeli lebih muda, Kona menawarkan pilihan sistem dari Android Auto atau Apple CarPlay, HD Radio, kamera pandang belakang, telematik 4G dengan skrin sentuh 5-, 7- dan 8-inci. 

 

Kona-3

 

Terdapat juga pengecas telefon pintar tanpa wayar sebagai kelengkapan opsyen serta Head-Up Display (HUD) yang memancarkan informasi kelajuan pada cermin depan.

 

Kona-8

 

Ciri-ciri keselamatannya juga yang terkini, seperti Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Lane Keeping Assist (LKA); High Beam Assist (HBA); dan Driver Attention Warning (DAW). Sistem radar  Blind-Spot Collision Warning (BCW) pula dapat mengesan kereta dari tepi yang tidak mudah dikesan dari cermin tepi. 

 

Kona-4

 

Ukuran Kona ialah seperti berikut: 4,165mm (164 in.) panjang, selebar 1,800mm (70.9 in) dan setinggi 1,550mm (61 in.), serta jarak antara tayar sepanjang 2,600mm (102.4 in.).

 

Kona-9

 

Pilihan enjin ialah 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 147 hp dan 179 Nm tenaga tork. Ia disambung pada kotak gear automatik enam kelajuan. Terdapat juga enjin 1.6-liter kuasa turbo (1.6T-GDI), yang menghasilkan 175 hp dan 265 Nm tenaga tork, disambung pada kotak gear tujuh kelajuan klac berkembar. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan semua model (baca Staria) tetapi Kona tampil sporti dengan kit N Line sejak generasi…
Berita Global
  Terbaru Hyundai United Kingdom mengumumkan varian dan harga KONA dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Terdapat beberapa pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, termasuklah versi enjin…