Konsep Gazoo Racing Supra bukti Supra baharu hampir muncul

oleh HEZERI SAMSURI|
AION MREC Banner Campaign May 2024

Selepas bertahun berkata Supra baharu akan dilancarkan, Toyota akhirnya mempamerkan bukti paling kuat akan kewujudan Supra baharu - kereta lumba trek Gazoo Racing Supra.

Jentera lumba ini dibuka tirainya di Pameran Automotif Geneva tadi.

Dibina dengan platform dan mekanikal yang dikongsi dengan BMW Z4 baharu, Supra Gazoo Racing ini menampilkan kelengkapan perlumbaan lengkap luar dan dalam.

 

 

Sayap dan kepak aerodinamik serta tayar Michelin dan roda aloi BBS dengan brek Brembo yang tidak akan boleh dimuatkan pada LC135 atau RS150 atau Y15 itu memang hanya untuk perlumbaan sahaja.

Begitu juga dengan kabin serba ringkas penuh dengan panel carbon fibre, stereng, tempat duduk, talipinggang OMP serta rollcage dan alat pemadam api.

Pastinya lagenda Supra akan mengaum kembali tidak lama lagi. Cuma kali ini, dengan bau eksoz Jerman.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak diperkenal di Australia pada 2020, sebanyak 2,591 buah GR Yaris terjual termasuk 1,001…
Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…