Menurutnya, setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu.
"Konvoi enam buah motosikal berkuasa tinggi itu dari arah Mersing ke arah Kluang. Ketika tiba di lokasi motosikal yang ditunggang ada yang rosak.
"Kumpulan konvoi itu telah dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat tugasan banjir di kawasan Kampung Jamari, Mersing.
"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku. Konvoi terbabit meneruskan perjalanan dengan bantuan trak penunda," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Sebelum itu tular video berdurasi 27 saat memaparkan beberapa individu menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air banjir.