Menurut laman web kongres tersebut, individu dari setiap kategori dipilih setiap tahun berdasarkan kualiti kepimpinan dan prestasi pengangkutan.
Datuk Ismail mempunyai ijazah Sarjana Sains dalan Kejuruteraan Lebuhraya dari US dan diploma lanjutan Kejuruteraan Awam dari UTM.
Touch ’n Go pula memenangi anugerah industri dan dikenali sebagai pemain nombor satu sistem bayaran mikro di Malaysia. Ia menyediakan mod pembayaran pintar dan pantas untuk pelbagai perkhidmatan seperti pembayaran tol, parkir dan sebagainya (mungkin juri ITS tidak pernah menggunakan laluan Smart Tag).
ITS World Congress 2017 itu berlangsung dari 29 Oktober hingga 2 November.
*Berita asal dari New Straits Times