Kumpulan perniagaan baharu dibentuk dalam Mercedes - AMG, Maybach dan G-Class!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2021 menyaksikan terdapat beberapa perubahan besar di dalam struktur perniagaan Daimler, dimana awal tahun lalu syarikat itu telah berpecah dua dan perniagaan bas dan trak telah diasingkan menjadi satu entiti berasingan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, syarikat induk Mercedes itu pula sedang merancang untuk menubuhkan kumpulan perniagaan baharu yang terdiri daripada AMG, Maybach dan G-Class.

Menurut laporan daripada akhbar Jerman Automobilwoche, pengumuman penubuhan kumpulan perniagaan baharu itu akan dibuat pada September ini menerusi acara Munich Auto Show.

Menurut wakil Daimler memberitahu Automobilwoche, langkah tersebut bakal memperkemaskan lagi kos pemasaran di dalam syarikat itu, serta memperkukuhkan ketiga-tiga subjenama yang disifatkan penting di dalam strategi baharu itu.

Difahamkan, bos AMG pada ketika ini, Philipp Schiemer dijangka akan mengambil alih kedudukan sebagai ketua kumpulan baharu itu, namun ia masih lagi belum disahkan.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi kuasa, AMG CLE53 Cabriolet turut menggunakan nadi M256M 3.0 liter 6 silinder sebaris…
Sukan Bermotor
Kemenangan itu juga memberikan pasukan baharu dari Malaysia, Racing Aurora kemenangan pertama Kelas…
Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…