Kunci GT-R kini lebih pintar, lebih paparan info

oleh Mohamad Hanif|
Jikalau beberapa tahun yang lalu, kunci hanya sekadar berfungsi sebagai sebuah kunci untuk membuka dan mengunci kembali kenderaan anda daripada jarak jauh, selain menjadi bahan tunjukan di internet untuk membuktikan anda memiliki kereta yang sangat bergaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, peredaran zaman kini menyebabkan evolusi kunci menjadi semakin kompleks, dan semakin pintar malah lebih pintar berbanding sesetengah pengguna yang masih enggan menggunakan isyarat membelok di persimpangan. 

Kunci yang kami paparkan ini merupakan konsep key fob pintar kepada jentera sports car idaman lelaki Malaya, iaitu Nissan GT-R. 
 


Kunci serba pintar ini merupakan hasil ciptaan dan rekaan daripada jejaka di Square Circle Media, iaitu Danny Burnside, seorang pereka dan pengarah di syarikat tersebut. 

Masih mengekalkan bentuk oval seperti kunci asal GT-R, bahagian luaran menerima skrin sesentuh yang membolehkan pemilik memeriksa status kenderaan mereka dengan hanya swipe ke kiri atau ke kanan. 

Selain daripada itu, ia juga berupaya untuk menetapkan beberapa perkara seperti suhu kabin, fungsi menghidupkan enjin terlebih dahulu serta memeriksa jarak perjalanan sebelum menziarahi stesen minyak yang terdekat. 
 

kunci asal Nissan GT-R

Namun, usah risau kerana kunci ini sebenarnya masih belum wujud, dan anda masih mempunyai masa untuk mengumpulkan duit sebelum generasi berikutnya membuat kemunculan secara rasmi. 

Menurut ketua unit rekaan Nissan Alfonso Albaisa berkata, Nissan GT-R generasi seterusnya bakal menjadi super sports car yang terpantas di dunia dan dijangka bakal menemui umum menjelang tahun 2025.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebabkan itu, National Police Chief's Council UK menyarankan para pemilik kenderaan supaya…
Berita Global
Kes kecurian di kalangan kenderaan baharu, terutama yang hadir dengan ciri kemasukan tanpa kunci…