Lamborghini Huracan dipanggil semula akibat pintu sukar untuk dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Di Amerika Syarikat, pihak Lamborghini dilapor memanggil semula kira-kira 21 unit Lamborghini Huracan Evo dan STO disebabkan oleh pintu kiri yang sukar untuk dibuka.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah ini melibatkan klip keselamatan untuk kabel pembuka pintu sebelah kiri yang tidak dipasang dengan betul, dan mampu longgar mengikut perkadaran masa.

Sekiranya ia sudah terlalu longgar, pintu sebelah kiri Lamborghini Huracan mungkin sukar untuk dibuka dari luar.

Isu ini mampu meninggikan risiko keselamatan terutama ketika di dalam situasi kecemasan, walaupun pintu itu sebenarnya boleh dibuka dari dalam pada bila-bila masa.

Ketika proses semakan akhir produksi dibuat, seorang pekerja Lamborghini mengesan komponen pembuka pintu di mana klip keselamatan kabel Bowden tidak dipasang dengan betul dan berdasarkan siasatan, mereka mengesahkan masalah ini berpunca daripada kesilapan manusia ketika proses pemasangan dibuat.

Lamborghini akan mula menghubungi para pemilik yang terjejas antara 1-8 Julai 2022.

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara model yang terlibat panggilan semula ini adalah 2 Series Active Tourer, X1, X3, X4, X5, X6…
Berita Global
Isu yang sama pernah berlaku menyebabkan panggilan semula pada 2022 untuk model Ridgelines tahun…
Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…