Lamborghini Huracan Perfomante Spyder - adunan stail dan prestasi gaya Itali

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam banyak genre kenderaan, tidak ada yang lebih glamour dari sebuah convertible.

Kereta convertible (US), atau cabriolet (UK dan Perancis), atau spyder (Italy) atau kereta boleh buka bumbung (err.. Bahasa Malaysia) ini memang popular sejak zaman kereta kuda lagi. 

Malah nama cabriolet sebenarnya merujuk kepada kereta kuda (buggy) tanpa bumbung, dan konsep itu kemudian diadaptasikan kepada kenderaan modern.

Malah kini wujud convertible untuk genre SUV pun, seperti yang dilakukan oleh Range Rover Evoque Convertible dan juga konsep Nissan Murano CrossCabriolet.

 

 

Tetapi untuk kumpulan supercar dari Itali, varian Spyder memang akan muncul dan seperti dijangka, Lamborghini menghasilkan varian prestasi untuk Huracan Spyeder mereka - Lamborghini Huracan Performante Spyder.

Menurut Stefano Domenicali, Pengerusi dan CEO Automobili Lamborghini, Huracan Performante Spyder mengambil prestasi dan teknologi terbaik Huracan dan digabungkan dengan keseronokan memandu sebuah jentera convertible.

Di bawah ialah informasi yang anda perlu tahu untuk jentera idaman anda ini.

 

 

  • Enjin 5.2L V10 tanpa turbo menghasilkan 640hp pada 8,000 rpm dan tork setinggi 600 Nm pada 6,500 rpm.
  • Ia menggunakan sistem pacuan empat roda kekal (all time four-wheel-drive). Ini bukan bermaksud ia boleh meredah semak ke kebun saudara anda di Paya Bungor, tetapi lebih kepada memastikan cengkaman wujud di setiap penjuru, terutama bila anda mengambil selekoh.
  • Lebih dari 70 peratus dari tork maksimum 600 Nm itu sudah boleh dirasakan pada sekitar 1,000 rpm. 
  • Berat kering Huracan Performante Spyder ialah 1,507 kg. 
  • Huracan Performante Spyder memberikan nisbah berat kepada kuasa setinggi 2.35 untuk setiap hp. 

 

 

  • Pembahagian berat Huracan Performante Spyder ialah 43 peratus (depan) dan 57 peratus (belakang). 
  • Pecutan 0 - 100 kmsj ialah dalam 3.1 saat
  • Pecutan 0 - 200 kmsj ialah dalam 9.3 saat
  • Kelajuan maksimum "cuma" 325 kmsj, sama dengan kelajuan varian Huracan Performante biasa (bukan convertible).

 

 

  • Prestasi membrek dari 100 - 0 kmsj dilakukan dalam jarak 31.5 meter. Volkswagen Golf GTI Mk 7 yang lebih kecil dan ringan itu memerlukan 34 meter untuk melakukan perkara yang sama.
  • Penggunaan carbon fibre dalam chassis aluminium Huracan Performante Spyder menjadikan ia 35 kg lebih ringan dari Hurcan Spyder biasa. 
  • Walaupun datang dengan bumbung lembut (soft top), ia masih mempunyai sistem ALA - Aerodinamica Lamborghini Attiva. ALA ialah komponen-komponen aerodinamik yang berfungsi, termasuk spoiler depan dan belakang, tempat tutup enjin, bamper belakang dan diffusers. 

 

 

  • Ia juga hadir dengan sistem ANIMA, ialah sistem mod pemanduan Lamborghini yang menawarkan cara pemanduan Strada (jalan biasa), Sport dan Corsa (Race).
  • Bumbung Huracan Performante Spyder boleh dibuka sepenuhnya dalam masa 17 saat dan ia berfungsi pada kelajuan maksimum 50 kmsj. Lebih dari itu, bumbung itu tidak dibenarkan untuk dibuka. Tapi kami pasti ramai pemilik akan menelefon Lamborghini dan mengadu "soft top mereka rosak" kerana cuba membuka bumbung pada kelajuan lebih dari 50 kmsj. Biasalah, buku manual disimpan di dalam gerobok.

 

 

Careta pernah memandu uji Lamborghini Huracan LP 610 - 4 dan kerana ia lebih kompak dari Aventador, Huracan lebih sesuai untuk pemanduan harian dan ia juga sangat lincah.

Tidak pernah lagi selekoh-selekoh di Lebuhraya KL-Karak terasa terlalu sedap, sehingga kami memandu uji Huracan tersebut. 

Bagi Huracan Performante Spyder ini pula, harganya di Eropah, UK dan US ialah lebih kurang RM1.1 juta sebelum cukai. Perlu ingat, di negara-negara tersebut, mereka mempunyai cukai kenderaan, GST dan untuk kenderaan mewah, ada Luxury Tax.

Malaysia masih tidak ada Luxury Tax dan kerana itu, harga kereta-kereta mewah di Malaysia ialah antara paling rendah (selepas Brunei) di Asia Tenggara.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …