Set ekzos ini direka dengan peningkatan berbanding sistem standard dari segi akustik, prestasi, estetik dan dinamika pemanduan.
Ekzsos ini direka untuk menjadi pengganti terus sistem asal dan mengekalkan penapis berzarah (particulate) yang asal dari kilang.
Pembeli turut ditawarkan pilihan bunyi kurang bising (resonated) atau lebih garang (non-resonated) dan jenis muncung ekzos.
Ekzos ini diperbuat dari besi tahan karat T304L gred pesawat supaya ianya tahan lasak memandangkan Defender ini gunanya untuk jalan biasa dan off-road.
Selain bunyi yang lebih garang, sistem ekzos ini juga lebih ringan berbanding set asal dan juga membantu mempertingkatkan dinamika pemanduan.
Berkenaan harga sistem ekzos Milltek Sport Land Rover Defender dijual di United Kingdom pada harga £1,700 (RM9,273).
SUV lasak pun pakai ekzos sport! Cumanya Defender ini bukan SUV biasa-biasa.
Miltek Sport juga sudah pun memulakan pembangunan sistem ekzos untuk Land Rover Defender 130 versi petrol yang lebih besar dengan tiga baris tempat duduk yang baru sahaja dilancarkan.
Penulis: Muhammad Md Tajudin