Data teknikal serta spesifikasi penuh Land Rover Defender hidrogen ini masih belum diketahui, namun menurut Land Rover kenderaan hidrogen mempunyai banyak manfaat termasuklah pengisian pantas, serta kurang risiko kehilangan jarak operasi ketika cuaca yang sejuk.
Sama seperti Toyota Mirai, emisi yang keluar dari tip ekzos hanyalah air tulen disebabkan proses reaksi kimia di dalam sel bahan api.
Selain daripada teknologi alternatif kepada EV ini, apa yang perlu ditekankan adalah fasiliti pengisian hidrogen yang masih lagi kurang didapati di merata tempat.
Menurut International Energy Agency (IEA) mereka meramalkan terdapat sekurang-kurangnya 10,000 stesen pengisian hidrogen bakal tersedia menjelang akhir dekad ini.
Land Rover Defender sedia ada sudah pun mempunyai versi trenkuasa yang dielektrifikasi, seperti contoh trenkuasa mild-hybrid, serta varian plug-in hybrid P400e yang menghasilkan 400 hp dan 650 Nm dan jarak operasi sifar emisi sejauh 43 km terima kasih kepada pek bateri 19.2 kWh.