Lebih baik jika Proton kekalkan tradisi rekabentuk sendiri - Peter Horbury

oleh HEZERI SAMSURI|
Adalah terbaik sekiranya Proton dapat mengekalkan ciri-ciri rekabentuk mereka untuk model-model masa hadapan Proton bersama Geely.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Itulah yang dikatakan oleh Peter Horbury, Ketua Rekabentuk untuk Kumpulan Geely semasa ditemuramah oleh media Malaysia di Pameran Automotif Antarabangsa Beijing minggu lalu.

Horbury berkata beliau lebih suka memastikan budaya tempat asal kenderaan itu wujud di dalam rekabentuk yang dihasilkannya.

"Semasa saya di Ford US, saya katakan kepada Ford, kenapa kita tidak pastikan karektor orang Amerika wujud di dalam kenderaan Ford yang baharu?" terang Horbury.

 

 

"Orang Amerika lantang dan mempunyai ketrampilan diri yang tinggi. Jadi kita pastikan rekabentuk Ford juga mempunyai ciri-ciri itu. Berani, agresif dan sekali imbas, kita tahu itu ialah sebuah kereta Ford US," sambungnya.

Ford Taurus X di atas ialah antara contoh kenderaan Ford yang direka sewaktu Horbury menjadi ketua bagi Ford Premier Automotive Group.

"Di Volvo juga kami pastikan akan wujud ciri-ciri orang Swedish di dalam kenderaannya. Iklan Volvo sering menampilkan kehidupan rakyat di wilayah Scandinavia. Alam semula jadi, langit yang biru, laut yang luas dan kanak-kanak berambut merah. Secara tak langsung, imej Scandinavia akan terpacul bila melihat sebuah Volvo," ujar Horbury yang berasal dari UK itu.

 

 

Horbury berkata rekabentuk Geely juga menunjukan ciri-ciri budaya China, tetapi dalam masa yang sama ia juga mempunyao faktor-faktor global agar rekabentuk itu boleh diterima di pasaran lain.

Bila ditanya tentang Proton, Horbury terus-terang berkata beliau masih tidak begitu tahu akan budaya Malaysia, tetapi beliau mahu menerapkan ciri-ciri Malaysia di dalam rekabentuk produk-produk Proton nanti.

 

 

"Sangat menyedihkan jika kita tidak boleh suntikan budaya negara di dalam rekabentuk kenderaan."

Beliau juga berkata Proton akan terus menghasilkan rekabentuk mereka kerana Kumpulan Geely mempunyai pasaran global dan kepakaran dari Proton akan diserap dan diguna-pakai dalam pasaran lain juga.

"Ada banyak komponen dan bahagian kenderaan yang perlukan kerja-kerja seorang perekabentuk. Jangan risau, mereka akan ada banyak kerja," jawab Horbury dengan senyuman bila ditanya akan nasib kumpulan perekabentuk Proton.

 

 

Horbury mempunyai lebih dari 700 perekabentuk di bawah seliaannya dan mereka bertanggung-jawab untuk beberapa jenama, termasuk Lynk & Co serta melihat kerja-kerja asas rekabentuk Volvo.

Produk terbaharu mereka ialah Geely Bo Rui, sebuah sedan segmen D dengan teknologi Plug-In Hybrid dan enjin 1.5L Turbo.

* Baca laporan pelancaran Geely Bo Rui di pautan ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
CEO Ford, Jim Farley dalam satu ciapan menyebut: "Peter merupakan seorang pemimpin reka bentuk yang…
Berita Global
Menurut jurucakap Bentley mengesahkan bahawa Sielaff telah melepaskan jawatannya awal minggu ini "…
Informasi
SUV pertama Proton nampaknya akan menggunakan model baharu Geely, Boyue yang dilancarkan di China…