Lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penyelia kilang terbabit ditahan di Serdang, Selangor.
Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pukul 5.33 petang kelmarin ketika pemandu wanita itu dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya yang berusia 17 tahun.
Wanita terbabit hendak memotong sebuah kereta yang berada di hadapannya namun tidak dapat memotong.
Tindakan tersebut menyebabkan pemandu lelaki terbabit menunjukkan isyarat lucah sehingga jalan mula menjadi sesak berhampiran dengan pusat peranginan Lata Iskandar.
Lelaki terbabit kemudian telah turun dari kenderaannya dan bertindak mengetuk cermin kereta, memarahi dan memukul kepala pengadu wanita tersebut serta mengeluarkan kata-kata ugutan.