LESEN B2 KE B SECARA AUTOMATIK MASIH DALAM PROSES PENELITIAN

oleh Firdaus Razani|
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, cadangan menaik taraf pemegang lesen motosikal Kelas B2 kepada B secara automatik masih dalam penilitian dan tidak akan dilakukan secara kelulusan menyeluruh atau 'blanket approval'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti pelbagai mekanisme terbaik sebelum perkara itu dimuktamadkan.

"Sudah tentu seperti yang saya nyatakan, terdapat panduan yang selamat (ditentukan).

"Jika kita mempertimbangkan (kelulusan), ia tidak akan menjadi 'blanket approval'. Ia perlu banyak syarat dari segi had umur, bilangan tahun mereka memegang lesen, dan mungkin beberapa lagi. (Tetapi) kita masih belum muktamad (mekanisme)," katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Tambahan Antara Kerajaan Malaysia & ERL, di ibu negara, hari ini.

Terdahulu, Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) dilapor berkata, cadangan menaik taraf pemegang lesen motosikal Kelas B2 kepada B secara automatik perlu diteliti lebih lanjut kerana ia memberi implikasi kepada sistem keselamatan jalan raya.

Mengulas mengenai perkara itu, Loke secara berseloroh berkata, kebimbangan yang paling besar ialah institut memandu akan berdepan 'kerugian' jika cadangan tersebut dilaksanakan.

"Ia lebih berbahaya kepada institut memandu kerana mereka kehilangan hasil.

"Saya boleh memahami kebimbangan utama merkea ialah, akan ada potensi kehilangan hasil," ujar beliau.

Semalam, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan menentukan mekanisme bagi mempercepatkan kelulusan untuk membenarkan pemegang lesen motosikal Kelas B2 dinaik taraf kepada B secara automatik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, antara syarat kelulusan yang akan dipertimbangkan ialah mengambil kira individu berumur 35 tahun ke atas dan tempoh memiliki lesen B2.

Perkara itu, jelas beliau akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama antara Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa terbabit sebelum ia dimuktamadkan.

SUMBER : Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah ketika menjawab soalan di sidang…
Berita Domestik
APAD juga mengumumkan permohonan Lesen Operator Sementara untuk perkhidmatan bas ekspress sempena…