Lesen kenderaan (LKM/Roadtax)) dan lesen memandu (LMM) tamat tempoh perlu diperbaharui sebelum 1 Oktober 2021

oleh SALINA JALIL|
Tempoh moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) TIDAK AKAN disambung selepas 30 September depan.


Sehubungan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguatkuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober depan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

“Orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang telah tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.

 

“Pemilik kenderaan yang LKM telah tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

JPJ berkata, orang ramai disaran membuat urusniaga secara dalam talian iaitu melalui portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my/public/login.zul) mahupun rakan strategik JPJ iaitu myEG.

 

“Sebarang urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian boleh dibuat di kaunter JPJ secara janji temu (online appointment/ call-in),” katanya.

 

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, JPJ berkata, pejabat Pos Malaysia dijangka akan memulakan urus niaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia bermula 9 Ogos ini.

 

“Selain itu, JPJ juga akan memastikan bekalan dan stok dokumen keselamatan LKM dan LMM adalah mencukupi bagi tujuan urus niaga pembaharuan LKM dan LMM oleh orang ramai.

 

 

 

-K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…