Lesen khas untuk perkhidmatan e-hailing bermula 12 Julai 2018

oleh Muhamad Hanif|
Kementerian Pengangkutan mengumumkan bahawa keperluan memiliki lesen khas bagi para pengusaha dan pemandu yang menggunakan aplikasi perkongsian kenderaan ini akan berkuatkuasa bermula 12 Julai 2018.
Merdeka Bonanza

Pengusaha dan pemandu akan diberikan masa dalam tempoh setahun untuk memenuhi keperluan kerajaan untuk beroperasi secara sah seperti pemandu teksi sedia ada.

 


Antara perkara menarik yang diumumkan oleh kerajaan di dalam edaran media ialah pengusaha perkhidmatan perkongsian kereta hanya boleh mengambil komisen 20% sahaja dari bayaran tambang yang diterima pemandu.

Ini adalah berikutan rungutan pemandu yang mengeluh pengusaha kini mengambil komisen mencecah 25%.

Bagi penumpang pula pengusaha hanya dibenarkan meningkatkan kadar tambang maksimum sebanyak dua kali ganda sahaja dari tambang biasa ketika waktu puncak.

Untuk keselamatan pemandu, pengguna kini perlu memuat naik gambar kad pengenalan atau pasport sah ketika mendaftar.

 


Setiap pemandu perlu menjalani kelas latihan memandu selama enam jam dan dikenakan bayaran RM200. Kelas boleh diambil di pusat latihan yang ditauliahkan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Kereta yang boleh digunakan untuk pula harus melepasi tahap penarafan keselamatan 3 bintang mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh ASEAN NCAP

Bagi kereta yang berusia lebih tiga tahun pula, pemeriksaan di PUSPAKOM harus dilakukan setahun sekali.

Ini adalah pengurangan dari dua tahun sekali seperti yang dilakukan ke atas pemandu teksi. Perlindungan insurans yang merangkumi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga juga diperlukan sebelum dibenarkan beroperasi.

 


Akhir sekali kerajaan akan mengkaji risiko monopoli yang timbul pasca penggabungan operasi Uber dan Grab di Malaysia menerusi Suruhanjaya Anti Persaingan (MyCC) seperti yang telah dilakukan di negara Singapura minggu lalu.

Kajian dilakukan selepas APAD menerima banyak laporan tambang Grab yang dikatakan semakin mahal.

Sumber: Amanz.my

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Informasi
Aplikasi FRENZT ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan untuk mengurangkan risiko dan…
Berita Global
Menurut laporan media barat, antara pelabur Go-Jet ialah Tencent Holdings Limited, syarikat…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Sinar Harian, Calon Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad akan…