Selamat untuk dikatakan panjang L380 setara 009 atau lebih panjang. Terdapat laporan yang mengatakan panjang L380 lebih 5,300 mm.
L380 ditawarkan dalam versi enam atau lapan tempat duduk. Gambar terbaru membuktikannya dengan enam tempat duduk jenis kapten.
Kerusi dibalut kulit separa anilina dan boleh dilipat untuk baring atau tidur. Bahagian dalam turut dihiasi fabrik Alcantara, riasan krom dan kristal.
Seperti kenderaan masa kini lain, skrin papan pemuka menonjol dengan saiz yang besar. LEVC memperakui bahagian dalam L380 dipengaruhi dunia penerbangan mewah.
Satu lagi objek yang menyerlahkan saiz L380 ialah bumbung kaca panoramik berukuran 2.18 meter persegi dengan fungsi pemalapan pintar.
Bahagian dalam juga membawa campuran budaya dari China dan London.
Pada bahagian luar, tiada permukaan dramatik dengan membawa rekaan ringkas dan bentuk anggun yang diinspirasi dari aerodinamik pesawat.
Dipandang lama memang benar L380 (seperti namanya) ibarat badan kapal terbang.
Bahagian sisi kelihatan tenang namun rekaan rim nampak rumit dan dipengaruhi London Eye.
LEVC menawarkan empat pilihan warna iaitu Pearl White, Ink Jade Black, Sapphire Blue dan Emerald Green.
Adunan kemewahan dan ruang optimum L380 diterajui oleh Ketua Pegawai Reka Bentuk Global LEVC, Brett Boydell dan kakitangannya yang bertugas di Ansty, United Kingdom (UK).
Selepas dilancar di China, L380 dijadual untuk memasuki UK dalam tempoh dua tahun akan datang.
Penulis: Muhammad Md Tajudin