Bermula dari kedudukan teratas, kedua-dua pelumba daripada pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 itu berjaya menguasai perlumbaan sebelum insiden tayar bocor pada dua pusingan terakhir.
Bottas dikatakan mengalami kebocoran tayar pada lap yang ke-50 manakala Hamilton juga mengalami masih yang serupa pada lap yang terakhir.
Walaupun Max Verstappen mengejar dari belakang, ia tidak dapat menghalang kemaraan Lewis Hamilton daripada merangkul kedudukan pertama (lima saat lebih pantas), diikuti oleh Charles Leclerc ditempat ketiga.
Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas terpaksa berpuas hati di tangga kesebelas.
That last lap almost had me ? We still got this ?? I can’t express how grateful I am to all the fans, and to my incredible team. To think this is the 7th home win is just insane. Thanks for the positive energy everyone, we did this together. #BritishGP #TeamLH #StillWeRise @F1 pic.twitter.com/PyAPZ6SZrI
— Lewis Hamilton (@LewisHamilton) August 2, 2020