Walaupun beberapa isu dan konflik melanda Tesla ketika pembangunan sedan keduanya Model 3, ia tidak pernah menghalang daripada terus menerima sambutan yang cukup menggalakkan daripada rakyat Amerika Syarikat.
Baru berusia dua tahun, jumlah jualan Tesla Model 3 sudah pun berjaya mengatasi jualan kereta elektrik lain yang lebih popular seperti Chevrolet Bolt dan Nissan Leaf!
Malah, ia juga berjaya mengalahkan abangnya sendiri, Tesla Model S dengan perbezaan jualan sebanyak 25,679 unit.
Namun, bagaimana prestasi jualan Tesla Model 3 jika dibandingkan dengan model-model kereta elektrik yang lain di Amerika Syarikat?
Carta perkembangan yang menarik ini dipersembahkan dalam bentuk grafik bergerak disediakan oleh pengguna Twitter @masegoslin dan kebanyakan data diperoleh daripada laman web InsideEVs.
Tesla Model 3 ditawarkan dalam dua konfigurasi pacuan, iaitu motor elektrik tunggal pacuan roda belakang dan motor elektrik berkembar pacuan semua roda.
Di dalam varian Standard Range, Tesla Model 3 mampu bergerak sejauh 354 km, diikuti oleh 425 km untuk varian Mid Range manakala varian Long Range pula mampu bergerak sejauh 523 km untuk sekali pengecasan penuh.
Was checking out the @InsideEVs data and was curious to see it in a moving bar chart so I threw this together. Running total of US plugin sales since 2012. Amazing how fast and far #tesla has come. @Tesla #TSLA https://t.co/ATXIgsWrm1
— Mase Goslin (@masegoslin) May 22, 2019
Sumber: InsideEVs