Lima langkah memulihkan industri automotif Malaysia - mampukah Tun Mahathir melakukannya?

oleh Mohamad Hanif|
Ketika menyandang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1985, Tun Dr Mahathir telah mencipta jenama kereta nasional yang digelar Proton.

Walaubagaimanapun, selepas beliau bersara daripada arena politik, jenama nasional tersebut beransur-ansur dipintas oleh jenama kedua automotif nasional, Perodua.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Persoalannya, adakah Perdana Menteri yang ketujuh, Tun Dr. Mahathir akan memulakan sebuah lagi projek kereta nasional yang lain?
 


Jawapannya jelas sekali tidak bagi 100 hari yang pertama selepas beliau dan Ahli Majlis Penasihat Kerajaan sedang berusaha memperbaiki dan menstabilkan keadaan ekonomi Malaysia.

Dan berkemungkinan besar tidak akan berlaku memandangkan situasi industri automotif pada masa kini adalah amat berbeza berbanding 30 tahun yang lalu. 

Hari ini, China merupakan pasaran terbesar dunia automotif dan juga pasaran utama kenderaan elektrik. Kenderaan autonomi juga bakal mengacau industri perkongsian kenderaan atau ride-hailing.

Mengambil kira langkah memperkasakan industri automotif bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi, dasar automotif semasa perlu dikaji semula dengan lebih teliti. 
 

Kerajaan sewajarnya menumpukan perhatian kepada menaiktaraf infrastruktur serta mewujudkan persekitaran yang sesuai serta mengalu-alukan penglibatan sektor swasta tanpa sebarang sekatan bagi menggalakkan sektor pasaran yang diterajui oleh pengguna. 

Terdapat lima langkah yang perlu diambil bagi memastikan Malaysia mampu berjaya di dalam industri automotif serantau.

1. Menaiktaraf infrastruktur sambungan internet di Cyberjaya dan Putrajaya bagi mewujudkan satu kawasan yang mampu menampung kapasiti penggunaan kenderaan autonomi serta menyokong keperluan komunikasi V-2-V (kereta kepada kereta) dan V-2-I (kereta kepada infrastruktur).

2. Merangka undang-undang bagi menjadikan Cyberjaya dan Putrajaya hub perintis bagi teknologi kenderaan autonomi. 
 


3. Menggalakkan syarikat tempatan dan asing menggunakan infrastruktur di kedua-dua tempat berkenaan sebagai lapangan ujian teknologi semasa. Kerajaan juga perlu mengecualikan pembayaran cukai ke atas kenderaan elektrik serta autonomi dan menyokong usaha menaiktaraf infrastruktur telekomunikasi.

4. Mengkaji semula pengurusan GLC di dalam sektor automotif serta mengurangkan persaingan mereka dengan sektor swasta. Contoh yang paling sesuai ialah campur tangan UMW bagi merebut pegangan di dalam Perodua daripada syarikat Med Bumikar Mara, sedangkan rakan kongsi Perodua, Daihatsu telah memberikan amaran berkenaan hal ini menerusi surat yang dikeluarkan kepada pemegang saham MBM. 

5. Mengkaji semula dasar pemberian AP supaya dapat membantu pendapatan negara dan bukan sekadar pemberian istimewa daripada mereka yang korup di peringkat bawah ke peringkat yang lebih tinggi.

Visi Tun Dr. Mahathir adalah untuk menjadikan kereta nasional sebagai pemangkin kepada kepesatan pembangunan ekonomi negara. Namun, hasrat itu tidak kesampaian. 
 


Tambah memburukkan keadaan ialah terdapat pengurus Proton yang terdahulu yang dilihat cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat diperingkat kebangsaan, yang mana ia memberi kelebihan kepada negara jiran, Thailand di dalam perlumbaan mengejar pelaburan, teknologi serta pertumbuhan ekonomi serantau. 

Begitulah ironinya dasar automotif yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir. 

Namun, pada kali ini Proton telah mempunyai peluang terbaik bagi menaikkan namanya semula dengan bantuan daripada syarikat pengeluar yang berdaya saing daripada China, iaitu Geely. 
 

Sedikit info berkenaan latar belakang dasar automotif negara. 

Pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi, beliau tidak memberikan tumpuan kepada dasar automotif negara, manakala pada zaman Datuk Seri Najib pula, tugas itu digalasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diketuai oleh Tok Pa. 

Dasar Automotif Negara yang dikeluarkan pada tahun 2014 itu oleh agensi MITI iaitu Malaysia Automotive Institute (MAI) telah meraih daya tarikan di dalam sektor yang disasarkan terutamanya plug-in hybrid vehicles (PHEV). 

Kesan daripada itu, Malaysia kini menjadi pasaran kedua terbesar di dunia bagi model BMW X5 selepas Amerika Syarikat dan pasaran ketiga terbesar di dunia bagi model BMW 330e.

Selepas PHEV, Malaysia kini mensasarkan pasaran kenderaan elektrik dan disusuli dengan kenderaan autonomi. 
 


Di dalam konteks masa kini, ia merupakan satu lonjakan besar apabila industri automotif tempatan berubah daripada pemasangan semi-tempatan bagi kenderaan PHEV kepada pemasangan tempatan sepenuhnya untuk kenderaan elektrik. 

Dasar Automotif Negara 2018 (NAP 2018) kini beralih arah di bawah pemerintahan kerajaan baharu dan sudah tentu Kementerian yang berkaitan akan memerlukan satu hala tuju yang baharu. 

Sekiranya ia bukan berkenaan perihal industri, apakah yang sewajarnya dilakukan? 

Mungkin lima langkah di atas perlu diambil kira dengan lebih mendalam. 

 

Artikel ini merupakan terjemahan daripada artikel "Five steps to overhaul Malaysia’s moribund automotive. Can Tun M do it?" yang ditulis oleh Yamin Vong, pengarang automotif tersohor negara. Beliau sebelum ni pernah menulis di Cars, Bikes and Trucks.

Artikel asal boleh dibaca di sini
https://web.facebook.com/yamin.vong/posts/10155546096018181?_rdc=1&_rdr

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…