Lorong kiri Terowong Meru ditutup mulai 20 Mac untuk kerja turapan

oleh Hamimah Hamid|
LORONG kiri Terowong Meru di kilometer (KM) 260.30 hingga KM262.05 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan akan ditutup mulai Isnin ini hingga 14 April depan bagi kerja-kerja penurapan.

PLUS memaklumkan, laluan kontra akan dibuka secara berkala sekiranya perlu, bergantung keperluan semasa bagi melancarkan pergerakan trafik di laluan terbabit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penutupan itu menurut PLUS bagi membolehkan kerja-kerja fasa kedua penambahbaikan turapan jalan dapat dilaksanakan secara berperingkat antara 9 malam hingga 12 tengah hari, sepanjang tempoh tersebut

Justeru pengguna yang menghala ke selatan Ipoh-Kuala Lumpur dinasihat merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

"Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.