Lotus GT430 - Evora yang terbaik dihasilkan

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas varian Sport 410 dan 400, sekarang masa untuk GT430, sebuah Evora yang paling ringan dan paling laju pernah dihasilkan oleh Lotus Cars. 

 

GT430-1

 

Yang paling ketara ialah rupabentuknya yang kelihatan seperti kereta lumba. Ini kereta sayap belakang besar yang disertakan pada badan varian GT430.

 

GT430-2

 

Tetapi GT430 bukan sebuah kereta lumba, walaupun ia berupaya dikendali seperti sebuah kereta lumba yang berprestasi. 

 

GT430-3

 

Dan seperti kereta lumba, GT430 mempunyai banyak permukaan badan yang diperbuat dari bahan gentian karbon, yang biasa digunakan oleh kereta-kereta lumba.

GGT430-4

 

Bampar depan dan belakang, bibir aero depan, panel akses depan, bumbung dan sayap belakang, semuanya adalah bahan gentian karbon, ringan dan sangat kukuh. 

 

GT430-5

 

Penutup belakang juga adalah sebuah permukaan badan yang diperbuat dari bahan komposit. 

 

GT430-6

 

Berat keseluruhan GT430 sangat ringan, hanya 1258 kg, iaitu 26 kg lebih ringan dari varian Sport 410. 

 

Tetapi yang juga menarik ialah usaha untuk memperbaiki kesan aerodinamik badan Evora ini, yang sekarang berjaya menghasilkan daya tekanan aero seberat 250 kg pada kelajuan 305 km/j.

 

GT430-7

 

Enjin yang digunakan sama iaitu 3.5-liter V6 supercharged tetapi sekarang ia telah ditala untuk menghasilkan 430 hp dan 440 Nm membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat. Kotak gear ialah enam kelajuan manual dengan flywheel single mass inertia rendah. 

 

GT430-7

 

Ekzosnya pula diperbuat dari titanium dan juga terdapat Torsen limited slip differential untuk memberikan cengkaman terbaik.

 

GT430-8

 

Suspensinya ialah Ohlins TTX jenis boleh laras, dengan kadar pemampatan sebanyak 20-klik serta rebound, dan spring Eibach. Tayar yang digunakan ialah 245/35 R19 depan dan belakang 295/30 R20, jenama Michelin Pilot Sport Cup 2 yang lebih lebar sebanyak 10 mm berbanding varian Evora lain. 

 

GT430-9

 

Menurut Lotus, GT430 berupaya melengkapkan pusingan litar Hethel dalam hanya 1 minit 25.8 saat, iaitu terpantas bagi sebuah Lotus - sama laju dengan model khas 3-Eleven yang ringan. 

GT430-10

 

Malangnya untuk kita semua, hanya terdapat 60 biji sahaja GT430 yang akan dikeluarkan.  

 

GT430-11

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan ruang pameran Lotus Store tersebut mengekori kejayaan pelancaran kenderaan utiliti sukan…
Berita Global
  Idea Type 66 timbul ketika pengasas Lotus, Colin Chapman memberi perhatian kepada siri Can-Am…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…