LRT Ampang-Sri Petaling alami kelewatan - Rapid KL

oleh Mohamad Hanif|
Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang-Sri Petaling dilapor mengalami kelewatan disebabkan oleh keretakan tiang utama berhampiran Stesen Bandaraya.

Merujuk kepada pengumuman di laman Twitter, pihak Rapid KL kini mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif untuk memastikan keselamatan para pengguna.

1.  Tren dari Ampang dan Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Plaza Rakyat (Kekerapan tren 18 minit di Bukan Daerah Pusat Perniagaan, 9 minit di Daerah Pusat Perniagaan)
2. Tren perantara dari Stesen Plaza Rakyat ke Masjid Jamek (Kekerapan tren 6 minit)
3. Tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya (Kekerapan tren 6 minit)

Terdapat perkhidmatan bas perantara percuma yang disediakan untuk membawa penumpang dari beberapa stesen berikut.

1. Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandaraya,
2. Stesen Bandaraya ke Stesen Plaza Rakyat
3. Stesen Sentul Timur ke Stesen Bandaraya.

 

Berita Berkenaan

Informasi
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,004,591 iaitu peningkatan lebih 35 peratus berbanding…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Mohd Azad Jasmi berkata perkongsian itu menandakan permulaan…
Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…