Dalam masa yang sama, beliau turut mengumumkan bahawa sejumlah enam buah kenderaan baharu, bas ulang-alik setanding imej negara maju bakal digunakan dalam masa terdekat bas.
“Dua daripadanya akan tiba pada November depan manakala baki empat lagi akan menyertai armada bas KLIA menjelang Februari 2023 kelak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini (Isnin).
Bagaimanapun, sementara projek berkenaan disiapkan sepenuhnya, MAHB turut menaik taraf perkhidmatan sistem bas ulang aliknya antara Terminal Utama dan Bangunan Satelit KLIA.
Mengulas lebih lanjut, Iskandar Mizal berkata, bas baharu itu lebih besar dengan kapasiti 110 orang penumpang iaitu dua kali ganda berbanding muatan untuk bas lama yang sedia ada.
“Bas model baharu ini menyerupai reka bentuk standard yang kelaziman dapat dilihat kita di kebanyakan lapangan terbang negara-negara maju seperti Heathrow, London,” jelas beliau.
Selain lebih lebar, luas dan mampu belok pada selekoh tajam, bas itu ujarnya turut dilengkapi dengan jaringan Wifi dalaman, paparan digital serta kamera litar tertutup untuk keselamatan.
Beliau menaruh keyakinan bahawa bas baharu itu memang direka agar mesra penumpang termasuk dari kalangan pengguna orang kurang upaya, warga emas dan wanita mengandung.
Kenderaan tersebut akan beroperasi 24 jam setiap hari sama seperti operasi bas yang sedia ada dengan tempoh bagi menunggu ketika waktu puncak adalah kurang daripada satu minit.
Dalam pada itu, Zambry ketika mengulas prospek KLIA berkata sistem aerotrain semasa telah beroperasi sejak 24 tahun lalu, sejak pembukaan KLIA. "Kami bukan sahaja menggantikan kereta api tetapi keseluruhan sistem landasan supaya penumpang kami dapat merasai perkhidmatan Aerotrain moden yang diperbaharui apabila mereka melalui lapangan terbang," katanya.
Dalam tempoh peralihan tiga tahun, aerotrain semasa akan tetap beroperasi tetapi pada jadual yang terhad untuk membolehkan penyelenggaraannya dijalankan disebabkan keadaan kereta api yang semakin tua dan untuk membolehkan program penggantian.
Pada masa ini, hanya terdapat satu Aerotrain yang beroperasi pada bila-bila masa di KLIA dengan jadual terhad empat kali sehari dari jam 06:00 - 10:00, 12:00 - 15:30, 17:00-23:30 dan 00 : 30-03:30.