MAI-Swinburne papar kemajuan penyelidikan pengangkutan

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malaysia Automotive Institute (MAI), agensi di bawah MITI dan Swinburne University of Technology, Australia (SUT) hari ini mengumumkan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam projek penyelidikan mereka.

Sebanyak enam projek penyelidikan yang telah diletakkan di bawah Pusat Inovasi Pengangkutan (TIC) yang berada di kampus cawangan SUT di Kuching, Sarawak. Kesemua penyelidikan itu membabitkan program Pasca Ijazah yang dianjurkan oleh TIC sendiri.

Penyelidik untuk program tersebut akan digandingkan terus dengan pemain industri untuk menghasilkan kajian yang berkaitan dengan tren dan permintaan semasa. Ini bagi menjamin keputusan penyelidikan relevan dengan kehendak industri dan pasaran.

 

 

TIC ialah satu platform kolaborasi antara MAI dan SUT dan enam mahasiswa yang terbabit menerima Biasiswa Program Penyelidikan Automotif MAI-SUT. 

Program tersebut dilancarkan dalam tahun 2016 dan TIC menyediakan platform R&D untuk isu-isu kejuruteraan automotif, terutama di kawasan Sarawak, Sabah dan East Asean Growth Area (BIMPT-EAGA).

Selain dari TIC, MAI juga telah menerajui projek-projek inisiatif kerajaan-swasta seperti Pusat Inovasi Automotif (AIC) dengan University of South Australia, Program Perantis Automotif oleh Industri bersama UiTM, UTEM dan UMP.

Ia juga membangunkan Program Pembangunan Pembekal bersama syarikat syarikat OEM automotif.

 

 

Menurut CEO MAI, Datuk Madani Sahari, program-program kolaborasi agensi kerajaan dan swasta ini memberikan keputusan yang positif. 

"Paling penting, ia memberikan hasil yang pantas dan terkini kepada industri. Pasukan-pasukan penyelidik dari pelbagai disiplin turut membawa dimensi baharu kepada cara menangani masalah-masalah yang dialami oleh industri automotif," terang beliau.

"Contohnya, hasil kajian kumpulan mahasiswa pertama berjaya menambahkan informasi bermutu kepada jaringan bakat dalam Industri 4.0 untuk sektor pengangkutan. Ini selari dengan Polisi Nasional untuk Industri 4.0 (Industry4WRD).

 

megeli

 

Senarai projek penyelidikan yang sedang dijalankan oleh MAI-SUT sekarang ialah:

  1. Digital Visual Maagement System oleh Muhammad Dzulkarnain Shahidan bersama rakan teknikal industri Autokeen.
  2. Real Time Manufacturing Processes Data Acquisition System oleh Tang Lui Sieng bersama rakan teknikal industri Masasinar.
  3. Optimisation of Re-Manufacturing Process oleh Robin Xavier Mowe dan rakan teknikal industri NEK.
  4. Minimisation of Vibration in Motorcycle oleh Chai Poh Chun dan rakan teknikal industri NB Motors.
  5. Rapid Manufacturing of an Automotive Arm Brake Pedal oleh Mohamad Izuan Mohamad Sargini dan rakan teknikal industri, Suria Component Manufacturing.
  6. Factors Influencing Consumer Purchase Behaviour Towards Locally Manufactured Vehicles (Proton and Perodua) oleh Michelle Kuek Shu Wun dan rakan teknikal industri Proton dan Perodua.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…