Malaysia akan tarik lebih banyak syarikat China melabur dalam sektor automotif - PMX

oleh Mohamad Hanif|
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan terus menarik lebih banyak syarikat China untuk melabur dalam sektor automotif tempatan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Beliau berkata demikian semasa melancarkan model kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) pertama Proton, iaitu Proton X90 di MITEC, Ahad lepas.

Jelasnya lagi, sektor automotif juga perlu memastikan ekosistemnya memenuhi matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang mencerminkan keperluan pada masa depan.

“Pengasas dan Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li telah memaklumkan kepada saya tentang inisiatif segera untuk melaksanakan peralihan termasuk mempunyai kenderaan elektrik (EV) serta (kenderaan berkuasa) petroleum dan gas.
 

PMX


“(Ini) akan memudahkan peralihan (kepada EV) dan melihat secara pragmatik kepada perubahan itu dan pelaksanaannya.

Anwar juga menggesa agar Proton untuk bergerak maju ke hadapan dan mendapatkan semula kedudukannya sebagai syarikat automotif terkemuka, menjadikan Malaysia sebagai hab eksport.

Beliau berkata, berdasarkan perbincangannya dengan Li, bagi memastikan Proton-Geely mencapai kecemerlangan, tumpuan perlu diberikan kepada latihan berkualiti dalam bidang yang mungkin tidak diketahui oleh rakyat Malaysia.

“Geely juga bersedia untuk menyokong program latihan utama untuk rakyat Malaysia di Proton untuk cemerlang dan meningkatkan kebolehan mereka,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Era Maju Automobil (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat berpusat di Johor Bahru,  dipilih menjadi sebagai…
Berita Domestik
Menurut dari data Nikkei Asia yang dikumpul dari kumpulan industri di ketiga-tiga negara tersebut…
Model Terbaharu
Vantage terbaharu ini dinadikan dengan enjin 4.0 Liter V8 turbo berkembar di hadapan yang mampu…