MAN Malaysia pamer trak spesifikasi ADR tertinggi di acara pertemuan khas industri petroliam dan gas

oleh Danial Yasin Suhaimi|
MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) baru-baru ini telah mempamerkan dua buah trak MAN TGS dengan spesifikasi ADR Kelas EX/II dan EX/III tertinggi semasa pertemuan khas untuk industri petroliam dan gas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pertemuan itu mengumpulkan syarikat-syarikat pengangkutan yang terlibat dalam industri petroliam dan gas, pembina badan trak, rakan niaga dan agensi.

ADR atau “Accord Dangereux Routier” dalam bahasa Perancis yang bermaksud “Perjanjian Eropah tentang Pengangkut Barangan Bahaya melalui Jalan Raya Antarabangsa”, dimana ia merupakan standard yang mentadbir pengangkutan barangan bahaya melalui jalan raya.

 

2

 

Di pasaran Malaysia, kebanyakan trak ADR di pasaran hanya mematuhi sehingga Kelas FL (dilengkapi untuk membawa cecair mudah terbakar)

MAN Malaysia telah melengkapkan varian Trak MAN TGS ADR Euro V yang kini terbukti dan terkemuka di pasaran dengan spesifikasi Kelas EX/II dan EX/III sebagai standard.

Ini bermakna kenderaan tersebut disahkan sesuai untuk mengangkut kargo termasuk bahan letupan atau objek dengan bahan letupan.

 

3

 

Menurut Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O'Brooks, keputusan syarikat untuk menawarkan varian Trak MAN TGS ADR dengan ciri keselamatan tahap tertinggi mencerminkan komitmennya.

Dimana MAN Malaysia sebagai pengeluar trak yang bertanggungjawab dan bertekad memastikan keselamatan muktamad untuk pemandu, perniagaan dan orang awam di setiap perjalanan mengangkut kargo berbahaya.

Trak MAN TGS ADR berkuasa Euro V dibina dengan mengambil kira keselamatan sepenuhnya, dimana ciri keselamatan pasif yang utama termasuk beg udara pemandu dan tali pinggang keledar tiga mata bersepadu dengan penegang sebagai standard.

 

4

 

Ia termasuk suis pemotongan kuasa kecemasan di dalam dan di luar kabin, roda aluminium dan bukan keluli untuk mengurangkan berat dan geseran.

Serta sistem pemulangan bumi di mana tiada kabel bumi disambungkan ke casis untuk mengelakkan renjatan elektrik, bersama abah-abah wayar disarungkan dalam bahan pelindung kebakaran walaupun untuk varian Trak MAN standard.

Keselamatan aktif disediakan menerusi sistem pengurusan brek elektronik MAN BrakeMatic® proprietari yang menyelaraskan tindakan brek servis, sistem kawalannya dan sistem brek berterusan apabila pedal brek ditekan untuk mengelakkan kejadian “jackknife” dan memastikan trak sentiasa berada dalam garisan lurus.

 

5

 

Trak ADR MAN TGS juga dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju atau ADAS merangkumi:

Lane Guard System (LGS)
Lane Departure Warning (LDW)
Adaptive Cruise Control (ACC)
Electronic Stabiity Programme (ESP)
Emergency Brake Assist (EBA)

Trak MAN hadir dengan enjin Euro V sebagai enjin standard menerajui pencapaian keselesaan memandu, kecekapan penggunaan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan yang paling penting, kemampanan.  

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang MAN TGS dengan spesifikasi ADR, sila layari laman web MAN Malaysia.