McLaren 750S Spectrum Theme by MSO - Spectrum Blue, warna cantik dan rumit

oleh Muhammad Md Tajudin|
McLaren 750S Spectrum Theme by MSO - Spectrum Blue - DW Burnett
McLaren 750S Spectrum Theme by MSO - Spectrum Blue - DW Burnett
Membeli kereta sport atau eksotik dengan spesifikasi peribadi merupakan satu keistimewaan.

Sebagai contoh McLaren Special Operations (MSO) menawarkan program spesifikasi peribadi dan dari situ orang ramai boleh melihat sebuah unit McLaren yang tiada salinan kedua.

Terbaru McLaren menawarkan Spectrum Theme iaitu warna pelbagai tona yang dibuat khas, cantik dan nampak rumit.

Warna itu hanya ditawarkan untuk 750S, kereta super produksi paling ringan dan berkuasa dari McLaren.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
McLaren 750S Spectrum Theme by MSO - Spectrum Blue - DW Burnett

 

Spectrum Theme memerlukan teknik baharu untuk dihasilkan dan dari gambar yang dikongsi boleh dilihat jaluran cerah dan beransur gelap.

Warna itu memberi gambaran kelajuan dan pecutan walaupun 750S berada dalam keadaan statik.

Susunan warna tersebut bukan sahaja menggunakan warna berbeza tetapi lengkap dengan bayangan seolah-olah sedang menari atau bergerak.

 

McLaren 750S Spectrum Theme by MSO - Spectrum Blue - DW Burnett

 

Spectrum ditawarkan dalam tiga warna iaitu Spectrum Blue, Spectrum Grey dan Spectrum Orange.

Warna biru, kelabu dan oren tersebut hanya permulaan dan pemilik boleh memesan tema Spectrum mengikut warna unik lain.

Bayangan di dalam spektrum warna memerlukan formula cat baharu dengan nisbah adunan tona cerah dan gelap yang sempurna.

 

McLaren 750S Spectrum Theme by MSO - Spectrum Blue - DW Burnett

 

Satu yang mengejutkan ialah, McLaren tidak mempunyai formula tetap dan setiap Spectrum Theme memerlukan adunan khas untuk mendapatkan warna yang dimahukan.

Garisan pisahan (shut lines) dan permukaan pintu yang aerodinamik menjadi cabaran buat MSO untuk membuat garisan Spectrum.

Bila direnung memang sukar dan McLaren perlu menjaga kualiti dan ketidakseragaman akan menjejaskan kualiti dan prestij syarikat.

 

McLaren 750S Spectrum Theme by MSO - Spectrum Blue - DW Burnett

 

Bahagian belakang kereta menggunakan Velocity Theme yang juga ditawarkan MSO. 

Jaluran ketujuh itu bukan warna solid tetapi warna Velocity yang meresap gelap sehingga ke belakang kereta. 

Setiap pilihan dipadankan dengan warna berbeza, sebagai contoh tema biru bermula dari Spectrum Blue kepada Metallic Aurora Blue.

 

McLaren 750S Spectrum Theme by MSO - Spectrum Blue - DW Burnett

 

Tema oren pula dari Spectrum Orange dan beransur kepada Gamma Red Metallic manakala kelabu dari Spectrum Grey kepada Metallic Meteorite Grey.

Supaya nampak lagi berbeza, bahagian bawah spoiler Active Rear Wing 750S boleh dibuat dengan warna berlawanan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

McLaren 750S Spectrum Theme by MSO - Spectrum Blue - DW Burnett