Megane GT datang dengan teknologi 4CONTROL yang membenarkan pengendalian sporty melalui sistem stereng empat roda. Ia tetap selesa - sesuai untuk pemanduan harian.
Contohnya di bawah 80km/j dalam mod Sport dan 60km/j dalam mod lain, roda hadapan dan belakang boleh membelok ke arah yang bertentangan, sehingga 2.7 darjah di belakang. Ini memberikan rasa seperti sebuah kenderaan dengan jarak roda yang pendek - ligat.
Pada kelajuan tinggi, roda hadapan dan belakang membelok ke arah yang sama, dengan belokan sehingga satu darjah di belakang, untuk kestabilan yang lebih baik.
4CONTROL melakukan kiraan sudut tayar belakang 100 kali setiap saat dan melarasnya mengikut keperluan.
Transmisi pula ialah dari klac berkembar 7-kelajuan automatik EDC.