Memandu di Thailand - tolong pastikan ambik insurans lengkap

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Johari Osman atau Cikgu Joe dari Satun, Thailand semalam menghubungi Careta untuk berkongsi kejadian kemalangan di mana sebuah kenderaan berdaftar di Malaysia, BMW X3 telah disondol oleh sebuah lori Thailand di Simpang Empat Thung Lung, sebuah laluan menghala ke Hatyai dari Dannok. 

Lokasi yang berada lebih kurang 14 km dari Hatyai itu menyaksikan BMW yang dipandu oleh Hisham (nama penuh tidak dapat disiarkan) dan ditemani oleh dua orang anak beliau dilanggar dari belakang oleh sebuah lori besar.

Hisham yang berasal dari Shah Alam dirempuh oleh sebuah lori membawa minuman ringan. Ia dikatakan hilang kawalan dan melanggar dua lagi kereta.

Cikgu Joe dan isteri yang kebetulan berada di sana berhenti untuk memberi bantuan.

 

bmw crashed

 

Hisham dan anak-anak tidak cedera tetapi BMW itu hanya menggunakan insurans pihak ketiga (Third Party Insurance) yang hanya memberi perlindungan untuk kos hospital dan pampasan kematian kepada mangsa yang dilanggar.

Namun begitu di dalam kes ini, pihak insurans lori itu bersetuju untuk membayar kerana kesalahan ialah dari pihak lori tersebut.

Oleh kerana itu, Cikgu Joe dan juga agensi insurans Thailand menasihatkan kepada pengunjung dari Malaysia untuk membeli insurans keseluruhan (Comprehensive Insurance) dari agen-agen insurans di Dannok, Padang Besar(Thai), Sadao, Hatyai atau Satun untuk memastikan ada pampasan bagi kenderaan anda.

Ini sangat penting kerana sekiranya anda masih berhutang dengan pihak bank, anda perlu membayar kenderaan itu walaupun ia telah musnah semuanya.

lori coke

*Gambar ihsan Cikgu Joe

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…