Mengelak dari bayar tol, pemandu X50 akhirnya ditahan!

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari twitter Prolintas AKLEH
Ada orang Malaysia sememangnya luarbiasa dan kreatif sehingga berjaya 'meloloskan' diri dari membayar tol.


Tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, begitu juga nasib pemandu kereta jenis Proton X50 antara yang ditahan pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) selepas culas membayar tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pemandau lelaki tersebut telah ditahan di Plaza Tol Dato' Keramat malam tadi (Selasa) menurut ciapan Twitter Prolintas selaku pengendali Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).


Dalam ciapan tersebut pihak lebuhraya turut menyatakan bahawa hasil usaha mengesan penceroboh tol yang dijalankan secara kerap, beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di plaza tol tersebut.


Ini termasuk sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa dan lokasi sama,” katanya hari ini (Rabu).


Turut dinyatakan adalah kegiatan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol akan terus dijalan oleh pihak Prolintas.

 


Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Domestik
“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin…