Mercedes-Benz Actros L baharu, muka depan seperti model elektrik, tumpu pada aerodinamik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-Benz Actros L 2025
Mercedes-Benz Actros L 2025
Mercedes-Benz Trucks memperkenalkan Actros L baharu dengan wajah yang mengubah terus penampilannya.

Selain logo besar, bampar depan mengingatkan kepada kereta penumpang Mercedes-Benz.

Reka bentuk yang digunakan menyamai model elektrik eActros 600 yang diperkenal pada Oktober 2023 dengan penekanan kepada aerodinamik.

Perkakasan aerodinamik di sana sini sebagai contoh dua spoiler bumbung, pemesong (deflector) pada tiang A dan kepak (flap) pada bahagian depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mercedes-Benz Actros L 2025

 

Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan mempunyai panel baharu.

Bahagian depan dipanjangkan sebanyak 80 milimeter (mm) dan arus udara dialirkan di sekeliling kabin seoptimum mungkin.

Aliran itu dipandu kemasan gerbang roda dan sisi badan yang ditambah baik. Hampir tiada jurang atau ruang berbaki untuk aliran udara yang dioptimumkan.

Pemesong sisi dengan saiz baharu direka seperti layar bagi memastikan peralihan yang baik di antara badan dan treler.

 

Mercedes-Benz Actros L 2025

 

Penggunaan pelbagai pengedap bagi memisahkan bahagian enjin daripada aliran udara luar melengkapi binaan aerodinamik Actros L.

Kerja-kerja penambahbaikan yang dilakukan menyumbang sehingga tiga peratus penjimatan bahan api.

Kesemua lampu luar dari jenis LED dan pelanggan boleh memesan lampu besar Matrik LED.

Bahagian dalam mempunyai tiga varian iaitu Stream, Big dan Giga Space dengan pelbagai kelengkapan.

 

Mercedes-Benz Actros L 2025

 

Di antaranya pemanas kerusi, tempat tidur dengan tilam tebal dan pelbagai lagi seperti port tambahan port USB-C, peti sejuk kedua dan sebagainya.

Mercedes-Benz Trucks digerakkan tiga pilihan enjin iaitu OM 471 12.8 liter generasi ketiga, OM 470 dan OM 473.

Enjin OM 471 menggunakan dua pengecas turbo baharu dan untuk penggangkutan jarak jauh tumpuan diberikan bagi mencapai penggunaan bahan api serendah mungkin.

Besama sistem rawatan susul baharu, penggunaan bahan api dapat dijimatkan sehingga empat peratus berbanding generasi sebelum.

 

Mercedes-Benz Actros L 2025

 

Dari segi teknologi keselamatan, Peraturan Keselamatan Am (GSR) di Eropah berkuatkuasa pada Julai 2024.

Peraturan itu memerlukan lebih banyak sistem bantuan pemanduan bagi meningkatkan lagi keselamatan untuk semua pengguna jalan raya.

Daimler Truck telah membangunkan platfrom elektronik baharu yang membolehkan ruang pandang lebih besar pada bahagian depan dan sisi.

Teknologi itu menggabungkan radar dan kamera data dan menawarkan 20 kali pemprosesan data dengan lebih pantas.

 

Mercedes-Benz Actros L 2025

 

Terdapat enam penderia iaitu empat unit jarak pendek pada kanan dan kiri dan satu penderia jarak jauh pada bahagian tengah depan.

Kamera pelbagai fungsi dipasang pada cermin besar dan mempunyai cerapan 270 darjah di sekeliling kenderaan.

Sudut pandang lebih besar membolehkan sistem bantuan pemanduan berfungsi dengan lebih berkesan.

 

 Mercedes-Benz Actros L

 

Teknologi keselamatan Actros L 2025:

  • Bantuan Brek Aktif (ABA) 6 dengan pengawasan pelbagai lorong sehingga 250 meter
  • Bantuan Perlindungan Sisi (ASGA) 2
  • Bantuan Perlindungan Depan
  • Bantuan Pemanduan Aktif (ADA) 3
  • Kawalan Rangkaian Kuasa Jangkaan (PPC)

Untuk pelanggan di Eropah, Mercedes-Benz Actros L dengan ProCabin boleh dipesan pada April 2024 dan pengeluaran bermula pada Disember.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mercedes-Benz Actros L