Dalam satu kenyataan, Mercedes-Benz memaklumkan mereka tidak akan menyertai ABB FIA Formula E sebagai peserta dan pengeluar pada akhir musim ke-lapan, pada Ogos 2022.
Pengumuman ini dibuat tiga hari selepas pasukan Mercedes-EQ Formula E Team berjaya menduduki tangga pertama dalam kategori pengeluar dan pemandu, meskipun pelumba Nyck de Vries menghabiskan perlumbaan di tangga kelapan pada perlumbaan terakhir musim ini.
Selepas ini, Mercedes-Benz akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap sukan berprestij Formula One sebagai salah satu 'makmal' terpantas bagi membangunkan teknologi prestasi yang mampan.
Bajet yang disalurkan kepada sukan elektrik itu akan digunakan bagi pembangunkan kenderaan elektrik, di mana Mercedes akan mengaplikasikan apa yang dipelajari menerusi perlumbaan Formula E pada kereta produksi mereka.
Selain Mercedes-Benz, pengeluar Jerman Audi dan BMW juga turut mengumumkan penarikan diri daripada Formula E pada akhir tahun ini.
Sumber: CNA