Menurut laporan daripada Road and Track, boss AMG Philipp Scheimer menjelaskan pihak Mercedes tidak berpuas hati dengan kualiti enjin yang dibina dan kini sedang menjalani proses ujian semula.
"Saya tidak boleh beritahu butiran lanjut. Ia melibatkan isu kualiti. Kami mengemaskini penawaran kenderaan setiap tahun, dan kami tidak berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan.
Tambah beliau lagi, hal ini tidaklah menjejaskan kesemua penawaran model yang dilengkapi dengan enjin V8, di mana pasaran seperti Amerika Syarikat model S 580 masih lagi didatangkan dengan nadi tersebut.
Namun, kekeliruan timbul apabila salah satu daripada pelanggan enjin V8 Mercedes, Aston Martin menjelaskan langkah pengeluar itu untuk menghentikan penawaran enjin V8 tidak sama sekali menjejaskan produk mereka.
Ini kerana jika masalah kualiti timbul daripada enjin V8 tersebut, seharusnya produk Aston Martin akan turut sama terjejas.
Sumber: Road and Track