Mini Malaysia Memperkenalkan Mini Countryman Plug-In Hybrid terbaharu berharga RM255,888 tanpa insuran

oleh SALINA JALIL|
Pengeluar jenama automotif premium bagi kenderaan kompak tercanggih negara, Mini Malaysia memperkenalkan Mini Countryman Plug-In Hybrid terbaharu iaitu variasi Plug-In Hybrid pertama bagi jenis Kenderaan Sports Activity (SAV) daripada Mini.

Ketua Mini Malaysia, En. Kidd Yam berkata, “Kami meraih kejayaan besar sejak generasi kedua Mini Countryman diperkenalkan April tahun lalu. SAV premium serba boleh ini juga merupakan tunjang kepada prestasi pecah rekod penjualan unit kenderaan pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,011 unit. Pencapaian ini melakar pertumbuhan sebanyak 12% dari tahun 2016 dengan jumlah penjualan sebanyak 902 unit kenderaan. Pencapaian ini menjadikan kami sebagai jenama kedua dengan perkembangan tertinggi dalam segmen premium di Malaysia dan berada di landasan yang tepat sebagai jenama ketiga terbesar dalam segmen tersebut.”
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Kidd Yam turut berkongsi mengenai pencapaian Mini Countryman terbaharu yang mendapat penarafan tertinggi 5 bintang melalui ujian Euro NCAP. Tatacara ujian yang ketat ini memberikan gambaran jelas mengenai model selesa Mini serba boleh ini yang menawarkan tahap keselamatan yang tinggi dalam apa jua situasi bagi kesemua tempat duduk kenderaan ini, selain turut direka khas untuk menerokai jalan-jalan yang lebih mencabar.

 

Ketua Korporat Komunikasi BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata; “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan negara ini dengan satu lagi tambahan kenderaan premium dalam portfolio Mobiliti Masa Hadapan kami. Titik pengenalan ini amat bermakna kerana ia merupakan yang pertama bagi jenama Mini dan kami akan teruskan dedikasi kepakaran kami dalam menghasilkan rekaaan-rekaan teknologi terkini untuk industri automotif premium.”

 

 

mini 1

 

 

 

Ambi turut menjelaskan bahawa Mini merupakan perintis dalam mobiliti elektro dengan pengalaman lebih sedekad dalam penyelidikan melalui Mini E yang diuji dari perspektif kelakuan pengguna dan mobiliti. Mini Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini turut berkongsi dapatan terkini dalam pembangunan mobiliti elektro negara.

 

 

 

 

Ciri perintis yang jelas ditonjolkan melalui rekaan spesifik adalah pada kekatup sisi yang dilekapkan lambang “e” dan lambang “S” berwarna kuning pada inskripsi model di bahagian belakang selain daripada kekisi radiator dan kemasan bendul pintu khas. Keghairahan Mini Countryman Plug-In Hybrid ini turut dilengkapi dengan kit badan ALL4, 19” Yours Masterpiece MINI, selain daripada port pengecas di bawah kelepak di kekatup sisi bahagian kiri.

 

mini 2

 

Rekaan dalaman Mini Countryman terbaharu ini menampilkan kemasan roda stereng kulit Yours WALKnappa . Butiran rekaan dalaman ini turut diterjemahkan dengan ketilitian sulaman bersilang bewarna aluminium. Paparan skrin sesentuh 6.5” beresolusi tinggi di bahagian kelompok instrumen dilengkapi dengan teknologi canggih terkini dan memberikan kawalan navigasi menyeluruh di hujung jari pemandu. Teknologi skrin sesentuh boleh mengesan sentuhan berbilang dengan fungsi pinch-to-zoom untuk akses peta dan penaipan.

 

Mini Countryman Plug-In Hybrid terbaharu juga turut dilengkapi dengan butang eDrive untuk memberi pilihan mod pemanduan elektrik kepada pemandu seperti: mod standard AUTO eDrive, mod MAX eDrive yang berteraskan elektrik sepenuhnya, dan mod save battery untuk mengekalkan status pengecasan bateri bervoltan tinggi pada tahap yang malar.

 

 

Dalam mod AUTO eDrive, sistem pintar pengurusan tenaga kenderaan ini mengatur interaksi kesemua komponen pemanduan dengan bantuan motor elektrik yang memberikan kecekapan serta pengalaman pemanduan terbaik; sementara ia meningkatkan julat elektrik kenderaan tersebut. Sebagai contoh, jika status pengecasan bateri berada pada tahap di antara 100% dan 7%, pemandu boleh memandu sehingga 80km/j – bebas daripada emisi tanpa menggunakan minyak. Pada kelajuan yang lebih tinggi, enjin petrol akan beroperasi secara automatik. Manakala untuk output pemacuan maksimum pula, enjin petrol akan disokong oleh motor elektrik sebagai eBoost.

 

Dalam mod MAX eDrive, pemandu boleh menikmati pemanduan berteraskan elektrik sepenuhnya sehingga kelajuan 120km/j. Pemanduan jarak dekat boleh dipacu dengan kuasa elektrik penuh dalam lingkungan jarak 40km. Manakala mod SAVE BATTERY pula beroperasi ketika status pengecasan bateri berada pada tahap rendah. Mod ini membolehkan bateri dicas semula oleh enjin petrol atau untuk mengekalkan status pengecasan pada tahap 90%. Dalam mod ini, enjin petrol akan beroperasi sepenuhnya.

 

mini 3

 

Sistem eALL4 Mini memainkan peranan dalam menawarkan pengalaman pemanduan yang serupa seperti Go-Kart Mini. Pacuan semua roda ALL4 dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Dinamik (Dynamic Stability Control) yang membahagikan daya tujahan enjin kepada kedua-dua gandar (axles) kenderaan ini yang terletak di hadapan dan belakang. Enjin petrol menggerakkan gandar tayar hadapan sementara yang belakang digerakkan oleh motor elektrik. Sistem ALL4 ini membantu dalam situasi pembelokan luar kawalan dan memastikan tahap penujahan yang optimum. Oleh itu, pemandu dapat menikmati cengkaman yang utuh pada setiap permukaan jalan, kestabilan maksimum, dan pembelokan yang lebih selesa. Dengan sistem eALL4 ini, cengkaman yang kuat dijamin apabila mod eDrive MAX mengaktifkan pacuan roda belakang, mod SAVE BATTERY pula mengaktifkan pacuan roda hadapan, dan mod eDrive AUTO dengan eBoost mengaktifkan pacuan empat roda.

 

 

Mini Countryman Plug-In Hybrid ini memberikan pemanduan tayar hadapan dengan enjin petrol secara efektif, begitu juga dengan pacuan tayar belakang yang dijana oleh motor elektrik. Didatangi dengan transmisi 6 kelajuan automatik, Mini terbaharu ini berkeupayaan untuk menjana 224hp dan tork mencecah 385Nm lalu menjadikan model ini yang paling kilas. Model ini berupaya untuk memecut sepantas 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat dengan potensi kelajuan maksimum sehingga 198km/j dengan pengunaan petrol yang rendah iaitu purata 2.1 liter bagi setiap 100km. Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan julat pemanduan elektrik penuh sejauh 42km dengan kelajuan maksimum 120km/j.

 

Mini Countryman terbaharu ini juga boleh dicaj semula di rumah dengan soket kuasa yang disambung menggunakan Home Charging Cable dalam masa lebih kurang 5 jam (230V) bergantung kepada voltan elektrik grid kuasa kediaman tersebut; ataupun di salah satu daripada 270 fasiliti stesen mengecas awam yang terdapat di seluruh Malaysia untuk kira-kira 3:15 jam (230V), juga bergantung kepada voltan elektrik grid kuasa yang terletak di stesen tersebut.

 

mini 4

                                                                                       

Untuk menghargai pemilik-pemilik model Mini Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini, Mini Malaysia turut memperkenalkan pakej ChargeNow bersertakan Mini Public Charging Cables. Semua ini didatangi dengan 1 tahun langganan percuma untuk pengecasan tanpa had di mana-mana 270 stesen ChargeEV.

 

Kombinasi warna badan dan bumbung yang ditawarkan untuk model ini adalah merah (Chili Red), hijau (British Racing Green), kelabu (Thunder Grey), putih (Light White), warna perak (Melting Silver) dengan bumbung hitam; dan warna biru (Island Blue) yang dipadankan dengan bumbung putih.

 

Bantuan Tepi Jalan MINI.

Mini Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini dilindungi dengan program Bantuan Tepi Jalan Mini selama 5 tahun. Program ini tersedia untuk kenderaan-kenderaan Mini terbaharu merangkumi senarai servis yang komprehensif termasuklah bantuan hotline serta merta dan atas talian untuk kemalangan dan bantuan 24 jam bagi sepanjang tahun, khidmat tunda kereta percuma (dalam lingkungan jarak 200KM dari kediaman), kenderaan ganti, mobiliti lancar, penginapan, solusi perkhidmatan mobiliti dan perkhidmatan penghantaran balik.  

 

Tambahan pula, plug-in hybrid daripada variasi Mini Countryman terbaharu ini juga menawarkan jaminan bateri yang sah selama 6 tahun atau untuk jarak perbatuan sehingga 100,000km.

 

Program Bantuan Tepi Jalan Mini ini boleh diakses melalui talian 1800-88-8808.

 

 

mini 6

 

Servis Atas Talian Mini.

Temu janji servis dapat dilakukan dengan lebih mudah kerana program servis atas talian ini membolehkan pelanggan menguruskan jadual servis kenderaan mereka terus dengan pengedar Mini berdekatan yang sah di www.service.mini.my.

 

Pembiayaan Mini.

Model terbaharu Mini Countryman Plug-In Hybrid yang dipasang di dalam negara ini boleh dimiliki melalui beberapa pilihan pembiayaan seperti:

  • Pembiayaan Balloon MINI
  • Pembiayaan Straight-Line MINI
  • Program Full Circle MINI
  • Pembiayaan Step-Down MINI

 

Mini Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini boleh didapati di kesemua pengedar sah MINI di seluruh negara mulai Jumaat, 6 April 2018.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai model Mini Countryman Plug-In Hybrid ini, sila layari https://www.mini.my/.

 

 

mini 5

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2011, MINI Countryman telah mendapat…
Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Kereta
Ruang ekzos digunakan untuk mengisi bateri 32.6 kWh dan kerana Mini ialah sebuah kenderaan yang…