MINIscape kembali sambut pemilik MINI untuk pengembaraan hujung minggu

oleh Firdaus Razani|
MINI Malaysia baru-baru ini menganjurkan MINIscape 2024, satu program pengembaraan hujung minggu untuk 200 pemilik dan peminat MINI.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengembaraan bermula dengan kembara jalan raya eksklusif dari Bamboo Hills, Kuala Lumpur, disertai lebih 100 kenderaan MINI berkonvoi menuju utara ke Angsana Teluk Bahang di Pulau Pinang.

 

mini

 

Sepanjang perjalanan, para peserta melakukan pencarian harta karun istimewa yang menyaksikan mereka merakam serta memuat naik foto pemandangan unik, sekaligus mewujudkan persaingan yang meriah.

 

mini

 

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, “Dengan MINIscape 2024, kami meraikan jalinan tersebut dengan memupuk momen yang meriangkan dan bermakna.

“Acara ini menzahirkan semangat Big Love menerusi keterujaan dalam pengembaraan yang mengeratkan lagi semangat dan minat sesama MINIac.” tambahnya.

MINIscape 2024 membawakan aktiviti luar yang menguji adrenalin di ESCAPE Park Pulau Pinang, syurga bagi mereka yang mendambakan keseronokan.

 

mini

 

Di sini, MINIacs menikmati akses tanpa had kepada pelbagai tarikan yang mengujakan, setiap satunya mencipta detik kegembiraan dan pengembaraan bersama buat komuniti MINI.

 

mini

 

Keluarga dan rakan-rakan juga berpeluang bermain gelongsor air tiub terpanjang di dunia, sambil bergelak tawa bersama yang memenuhi taman.

 

mini

 

Menjelang petang, keterujaan beralih ke MINI Base Camp, yang memperlihatkan para peserta menjayakan aktiviti seperti membangunkan tipi serta bermain permainan retro seperti memanah dan Power Slam.

 

mini

 

Makan malam di Base Camp turut meriah, dengan deretan stesen barbeku yang dipanggang terus untuk para peserta makan sepuas-puasnya, menikmati hidangan bermakna bersama orang tersayang.

Malam tersebut melabuhkan tirai dengan pertunjukan api, sebuah pertunjukan menakjubkan yang menerangi langit malam, memancarkan cahaya terang sepanjang malam dan dihiasi dengan keseronokan pengembaraan.