Menurut Simon Pegg, pemegang watak di dalam siri tersebut mengesahkan bahawa pemilihan jentera M5 tersebut merupakan satu perkara yang bersesuaian dengan teknik pemanduan yang ditunjukkan oleh Tom Cruise, seperti mana yang pernah beliau tunjukkan pada filem terdahulu.
Pada filem Rogue Nation, Cruise memandu sebuah BMW M3 di dalam keadaan mengundur menuruni tangga yang mana insiden tersebut turut memberikan kecederaan whiplash kepada Pegg yang ketika itu menjadi pembantu pemandu.
Penyertaan BMW M5 di dalam siri terbaharu itu bakal dilengkapkan dengan pengenalan jentera lain seperti sedan 5 series 1986, 7 series dan sebuah motosikal BMW R nineT.