MITI kini dikenali sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Nama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau dalam Bahasa Inggeris 'Ministry of Investment, Trade and Industry', mengekalkan akronim yang sama iaitu MITI.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkenaan berkata penjenamaan semula ini adalah seiring dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Mesyuarat Kabinet bertarikh 5 April.

"Penjenamaan ini bertepatan dengan fungsi kementerian yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing, memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa serta memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan," katanya.

Katanya keputusan itu juga adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi negara yang digariskan di dalam wadah Kerajaan MADANI.

"Dengan penjenamaan ini, MITI terus komited untuk menarik pelaburan baharu berkualiti dan berimpak tinggi, memperluaskan jaringan perdagangan antarabangsa serta memperkukuhkan sektor industri sedia ada sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi bagi kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana," jelas kementerian.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri MITI Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz berkata kementerian masih lagi mengekalkan sasaran 10,…
Berita Domestik
MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan…
Berita Domestik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…