Mitsubishi Malaysia panggil semula ASX, Lancer dan Outlander

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memanggil semula hampir 5,000 unit kenderaan di Malaysia untuk kempen "Field Fix".

Kempen itu membabitkan model-model Lancer dan Outlander yang diimport dari Jepun dan juga model ASX yang dipasang di sini.

Di bawah ialah senarai model dan tahun dipasang untuk unit-unit terbabit.

 

 

Komponen yang akan ditukar secara percuma ialah geganti kawalan enjin atau "engine control relay" yang berfungsi untuk melindungi ECU enjin dari kejutan voltan tinggi (voltage surge). 

Jika komponen itu tidak diganti, ia akan memberikan kesan kepada fungsi ECU.

 

 

Selain dari itu, MMM juga mengadakan kempen panggil semula untuk menggantikan "inflator" beg udara bagi 115 unit model Pajero Exceed yang dikilangkan dari Mac 2010 hingga Julai 2012.

Sama seperti kes Honda, risiko serpihan besi terkena penumpang wujud jika beg udara itu aktif semasa kemalangan.

 

tomo ceo mmm

 

Keselamatan ialah kepentingan utama MMM dan kami mahu pastikan keselamatan pelanggan kami. Kami kesal akan kesusahan yang dialami oleh pelanggan kami kerana kempen ini," kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

Semua pemilik yang terlibat akan menerima surat panggilan dari MMM.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.mitsubishi-motors.com.my atau telefon talian pelanggan MMM di 1800 18 8161 (9 am – 5 pm,
Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…