Mitsubishi Triton generasi baharu skor lima bintang ASEAN NCAP

oleh Mohamad Hanif|
ASEAN NCAP baru-baru ini mengumumkan keputusan ujian penilaian kenderaan baharu yang dibuat pada model trak pikap Mitsubishi Triton generasi baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, Triton merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah protokol penilaian 2021-2025.

Berdasarkan ujian yang dibuat, trak pikap Triton baharu itu berjaya memperoleh penarafan lima bintang ASEAN NCAP, dengan jumlah skor keseluruhan 74.71 poin yang dikira berdasarkan empat aspek berikut:
• Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 32.52/40.00
• Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) - 17.54/20.00
• Bantuan Keselamatan (SA) - 14.44/20.00
• Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 10.22/20.00

 


Secara standard, Mitsubishi Triton dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti tiga beg udara, ABS, ESC, Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk pemandu dan penumpang, serta teknologi perlindungan pejalan kaki.

Ciri lain yang tersedia untuk varian tertinggi termasuklah Brek Kecemasan Autonomi (AEB) (Bandar, Inter-Urban, Pejalan Kaki), Amaran Keluar Lorong (LDP), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Pengesanan Titik Buta (BSD), Suluhan Tinggi Automatik (AHB), dan tujuh beg udara.
 

Mitu


Selain daripada penilaian ujian pelanggaran impak sisi dan hadapan kecil, ASEAN NCAP turut mengesahkan ciri seperti AEB dan BSD berfungsi mengikut keperluan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pelanggaran dengan pengguna jalan raya yang lain.

Baca: Mitsubishi Triton 2024 - Tujuh Perkara Yang Harus Anda Tahu

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…
Berita Global
SUV segmen C Honda CR-V pertama kali diuji pada tahun 2014, di mana ia berjaya memperoleh lima…