Syarikat Jimny Center Niigata, terletak di kepulauan Honshu, utara Jepun telah mereka bentuk gril hadapan Jimny supaya lebih menyerupai rekaan klasik asal Jimny dengan tulisan Suzuki.
Tidak cukup setakat itu, pihak syarikat tersebut telah menggunakan tayar rekaan retro dengan sidewall berwarna putih bagi menyerikan lagi imej Jimny.
Sekiranya anda mempunyai Suzuki Jimny yang terdahulu, anda juga boleh menghubungi mereka untuk proses restorasi dan modifikasi kenderaan anda dari segi luaran dan dalaman, termasuklah khidmat cat badan, dan kemasan dalaman kabin.
Menurut syarikat tersebut, rekaan terbaharu mereka kini mendapat sambutan dengan jumlah tempahan kini hampir mencecah tiga angka.
Dengan harga jualan bermula dari 23 ribu yen (RM880++), pihak bengkel walaubagaimanapun tidak menyatakan berapa lama pelanggan harus menunggu untuk mendapatkan tempahan mereka disiapkan.