Siapa tak kenal Wak Doyok?
Selebriti popular yang terkenal dengan produk melebatkan misai dan jambang, Wak Doyok juga sebenarnya seorang yang minat akan kenderaan.
Sebelum ini beliau sering dilihat bergambar bersama rakan-rakan dari kelab BMW tetapi Wak kemudiannya mula dilihat bergambar dengan Ford Ranger Wildtrak bikin beliau.
Kali ini Shah Adam, jurufoto profesional menghubungi Wak Doyok untuk mengambil gambar akan koleksi terbaharu beliau, sebuah Ford Mustang 5.0L V8 dengan bodykit Super Rocket dari CT Motorsport.