MV Agusta lancar Dragster 800 RR

oleh HEZERI SAMSURI|
MV Agusta melancarkan Dragster 800 RR baharu mereka minggu lalu.

Model serba baharu ini masih penuh dengan ciri-ciri rekabentuk legenda dari CRC (Castiglioni Research Centre).

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara yang menarik perhatian ialah steering damper yang dibina bersekali dengan triple clamp atas, pertama kali dilakukan di dunia dan ia membolehkan lebih banyak lagi perubahan pada sudut satah untuk penunggang dari pelbagai saiz.

Bahagian ekor semakin seksi dengan lampu LED 3D sementara tempat pijak pembonceng disorok dengan begitu bijak sekali.

Enjin diambil dari Brutale 800 RR tetapi melalui pelbagai perubahan dan penambah-baikan agar ia lulus piawaian asap Euro 4. 

Masalahnya, Euro 4 mungkin mempunyai kadar asap yang 50 peratus lebih rendah dari Euro 3 tetapi kadar bunyi juga 48 peratus lebih senyap dari Euro 3 - ini bermakna motosikal Euro 4 sesenyap EX5 standard.

Enjin 3-silinder sejajar ini juga mendapat braket pengikat baharu pada kerangka agar ia lebih tegap supaya penunggang boleh menggunakan sepenuhnya kelebihan pengendalian Dragster RR.

Sistem elektronik MVICS oleh MV Agusta sendiri digunakan dan kesemua algoritma serta parameter kawalan enjin, pendikit dan sebagainya adalah serba baharu.

Adakah ia akan dibawa masuk ke pasaran tempatan?

Careta yakin pengedar dan pemasang MV Agusta yang baharu ini akan berbuat demikian.

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Berita Domestik
Majlis tersebut telah berlangsung di premis pameran MV Agusta Malaysia terbaharu yang terletak di…
Model Terbaharu
Tidak seperti model hyper-naked Rush yang dihasilkan dengan penampilan pasca perang, MV Agusta…