Myvi sudah capai unit ke sejuta - Tahniah Perodua!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Myvi sudah capai unit ke sejuta - Tahniah Perodua
Myvi sudah capai unit ke sejuta - Tahniah Perodua

Perodua pada hari ini sekali lagi mencatat sejarah. Selepas diperkenalkan pada Mei 2005, kereta kegemaran rakyat iaitu Perodua Myvi telah mencapai unit yang ke sejuta. Jumlah itu turut menjadikan Myvi sebagai unit produksi paling banyak dikeluarkan oleh Perodua.

Perodua Myvi juga sebenarnya adalah model paling laris di Malaysia bermula dari tahun ia mula dilancarkan hinggalah pada penghujung 2014 sebelum kedudukan itu diambil oleh Perodua Axia.

Walaupun begitu, Myvi tetap di hati rakyat Malaysia apabila ia kekal di antara model terlaris negara sehingga kini.

"Perodua Myvi telah menetapkan satu standard baharu buat kami dari segi tawaran produk dan juga jangkaan pelanggan di mana ianya turut menjadi penanda aras untuk model masa depan kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Bagi meraikan kejayaan itu, Perodua telah mengadakan satu acara pelepasan istimewa di kilang pengeluarannya di Rawang yang dirasmikan oleh Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd (PCSB), En. Masanori Takahashi dan Naib Presiden PCSB, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

"Berdasarkan kiraan dalaman kami, kesemua model Perodua iaitu Myvi, Alza, Axia dan Bezza adalah peneraju dalam segmen masing-masing. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan yang diberikan," tambah Datuk (Dr) Aminar.

Untuk lima bulan pertama tahun ini, Perodua telah menjual sebanyak 81,900 kenderaan dengan peningkatan sebanyak 5.9 peratus berbanding 77,300 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Selain pasaran domestik, Myvi turut dijual di enam buah negara sejak 2006 seperti Mauritius, Brunei, Singapura, United Kingdom, Fiji dan Nepal.

Pasaran eksport terbesar ialah di Indonesia yang dijenamakan semula sebagai Daihatsu Sirion. Jualan di negara itu ialah telah menghampiri 31,000 unit sejak mula dipasarkan pada 2007.

Secara keseluruhan, Perodua telah mengeksport sebanyak 35,400 Myvi atau Sirion sejak 2006.

Tahniah Perodua dan warga kerja di belakang tabir di atas kejayaan ini!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, bagi memastikan ketelusan dan keterbukaan, kesemua laporan pengujian semula tersebut…
Berita Domestik
Menurut Perodua, Myvi Conversion itu bukanlah satu produk yang siap untuk dijual, atau akan dijual…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…