Myvi unit kesejuta akan dihasilkan bulan ini!

oleh HEZERI SAMSURI|

Perodua menganggarkan unit Myvi yang ke satu juta akan dikeluarkan dalam bulan Mei ini.

Diperkenalkan pada Mei 2005 dan terus menjadi kenderaan paling laris di pasaran sehingga ia digantikan oleh Viva dan kemudian Axia pada penghujung 2014.

Myvi generasi kedua masih menjadi antara model paling popular di Malaysia.

Menurut Datuk Aminar Rashid, Presiden dan CEO Perodua, Myvi telah dijual di tujuh negara sejak 2006 dan ia termasuk Sri lanka, Mauritius, Brunei, Singapura, UK, Fiji dan Nepal.

Eksport terbesar ialah ke Indonesia tetapi ia dijual di bawah nama Daihatsu Sirion di sana. Hampir 31,000 unit Sirion terjual di sana sejak 2007 dan secara keseluruhan, Perodua telah mengeksport sebanyak 35,400 unit Myvi ke serata dunia sejak 2006.

Menurut sumber, Perodua dijangka akan membuat sedikit sambutan sempena Myvi kesejuta ini.

Mungkin anda pemilik Myvi tersebut? 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sekarang ini kecoh bila gambar-gambar kemalangan kenderaan jenama Perodua diviralkan (tular, kata…
Berita Domestik
    Eco Park, atau taman mesra alam, akan dibina oleh Perodua sebagai komitmen syarikat itu pada…
Berita Domestik
Myvi ke 1 juta dihasilkan hari ini Perodua hari ini berjaya memasang unit nombor satu juta untuk…