Nahas helikopter, sambutan ulang tahun ke-90 TLDM dibatalkan

oleh Hamimah Hamid|
PENGANJURAN Sambutan Ulang Tahun Ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang dijangka berlangsung Jumaat ini dibatalkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan digantikan dengan majlis doa selamat bagi menghormati keluarga semua mangsa yang maut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kita batalkan dan digantikan dengan majlis dia selamat serta tahlil pada hari Jumaat.

 

"Pembatalan ini atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Kapten Kehormat TLDM," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau lokasi tragedi nahas di TLDM Lumut hari ini.

 

Menurut Mohamed Khaled, seorang anggota TLDM yang berada dalam kolam renang disahkan cedera ringan berikutan kejadian dua helikopter bertembung dan terhempas itu.

 

Katanya, kejadian berlaku semasa anggota berkenaan sedang berenang di dalam kolam renang berkenaan.

 

Beliau memberitahu, mangsa mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan daripada helikopter fennec yang terjatuh dalam kolam renang.

 

Sementara itu mengulas mengenai dua helokpter yang terlibat nahas itu jelas Mohamed Khaled, helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM diterbangkan dari pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah ke pangkalan TLDM Lumut bagi sambutan ulang tahun berkenaan.

 

Jelas beliau, helikopter itu telah diterima TLDM pada 2021 manakala helikopter Fennec TLDM yang turut sama terlibat dalam insiden itu pula digunakan sejak 2003.

 

 Justeru katanya, tidak perlu timbul sebarang spekulasi mengenai kedua-dua jentera yang terlibat dalam nahas terbabit.